Sabtu, 14 April 2012

Bukan Setakat Media Sahaja Bebas, Malah Seks Bebas Pun Saya Janji Jika PR Tawan Putrajaya

    12:00:00 PTG   No comments


Tanpa sedikit pun rasa segan dan malu, Anwar Ibrahim sudah mula membayangkan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 sekiranya Pakatan berjaya tawan Putrajaya.

Selepas berjanji akan menghapuskan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, Anwar di hadapan penyokongnya berjanji lagi akan memberi kebebasan kepada media jika menang PRU13 nanti.

Selain dari perkataan PERCUMA yang selalu menjadi tagline Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai, perkataan BEBAS juga sering kali digunakan Anwar sebagai modal untuk melariskan temberangnya. Kebebasan yang macam mana?

Bila sebut kebebasan media, teringat kembali jumlah saman yang pernah difailkan Anwar dan pemimpin Pakatan yang lain terhadap Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain.

Tidak sukar untuk membayangkan apa akan terjadi kepada nasib pengamal media yang selama ini tidak pernah sebulu dengan Pakatan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Yang pasti, kebebasan media yang dijanjikan Anwar akan bertukar menjadi malapetaka paling buruk dalam sejarah kebebasan media negara.

Kata Anwar lagi dalam ceramahnya, apa sahaja perkara yang menjadi sekatan atau halangan sepanjang pemerintahan kerajaan BN hari ini, semua akan menjadi BEBAS sekiranya Pakatan memerintah.

Bebas berpolitik, bebas berhimpun, bebas bersuara, pendek kata semuanya bebas. Mungkin selepas ini di hadapan penyokong Pakatan ditempat lain Anwar akan menjanjikan kebebasan yang lain pula seperti bergama dan bebas memlih gaya hidup dan berseksual.

Ternganga mulut penyokong taksub menadah air kencing yang mencurah-curah masuk apabila Anwar menjanjikan bulan dan bintang.

Semua perkara ini tak mustahil akan terjadi selagi matlamat Anwar untuk menjadi PM tidak tercapai. Sebelum sesuatu terjadi Rakyat perlu memastikan agar hasrat Anwar ini terkubur apabila berakhirnya PRU13.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.