Isnin, 23 April 2012

Anwar Ibrahim Ada Hubungan Sulit Dengan Pelajar Universiti?

    2:18:00 PTG   No comments


Majlis pelancaran kelab TIBAI malam tadi di Kelab Sultan Sulaiman berlangsung dalam keadaan suasana yang sangat PANAS.

Bukan setakat panas kerana keadaan dewan penuh dan kipas angin tidak mencukupi, tapi panas disebabkan jerit pekik laungan TIBAI yang membawa maksud tolak individu bernama Anwar Ibrahim oleh hadirin yang datang.

Cukup bersemangat, itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan sambutan orang ramai semasa majlis penerangan yang disampaikan oleh ahli majlis syura TIBAI yang diketuai oleh Musyidul Amnya, Zaid Mat Arip.

Ibrahim Ali, ahli Perlimen Pasir Mas yang juga pengurusi PERKASA turut hadir sama menyamarakan lagi susana. Ada beberpapa amanat serta pesanan penting disampaikan oleh panel penceramah kepada orang ramai yang hadir malam tadi.


Diringkaskan cerita, ada beberapa point penting telah digariskan dan perlu kita amalkan jika ingin melihat Anwar karier politik Anwar Ibrahim berkubur pada PRU13. Mulai sekarang persepsi terhadap Anwar perlu diubah.

Ibrahim Ali menyarankan agar panggilan nama Anwar Ibrahim yang sering kali kita tulis dalam blog atau Facebook, ditukar perkataan 'Ibrahim' kepada perkataan yang sesuai dengan karektor buruknya seperti Anwar Peliwat, Anwar Penzina, Anwar Perasuah, Anwar Pengkhianat dan sebagainya yang kita rasa patut.

Sekiranya persepsi atau perangai buruk Anwar ini dinyatakan berulang kali kepada rakyat, sudah pasti kesannya akan menutup segala persepsi yang dicipta oleh penyokong taksub Anwar yang sering menggambarkan idolanya itu sebagai seoarang yang alim, warak dan tidak pernah melakukan sebarang dosa walau sebesar zarah sekalipun.


Ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku. Itulah perkara yang dijanjikan oleh ahli majlis syura TIBAI. Dengar-dengarnya ada satu lagi skandal sulit yang melibatkan Anwar bersama seorang pelajar universiti bakal didedahkan tidak lama lagi.

Jeng..jeng..jeng...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.