Selasa, 10 April 2012

Anwar Tendang Pintu Pejabat Tropicana Gara-Gara Najib Langsai Hutang Bank Dunia

    10:00:00 PG   No comments


Wak J: Memang agak susah nak percaya bila terbaca berita di bawah ini. Rasa macam tak nak percaya tapi kena percaya juga, kerana lapuran ini dibentang di Parlimen. Kredibelitinya lebih diyakini dari ajakan debat Anwar Ibrahim kepada Najib di luar Dewan.

Barita ini sudah pasti bukan berita yang menggembirakan buat penyokong Pakatan Pembangkang dan juga pemimpinya. Segala cakap mereka selama ini mendakwa kerajaan BN menanggung hutang yang banyak telah berjaya didiamkan dengan lapuran ini.

Selaku Punaisehat Ekonomi Selangor yang bernilai SERINGGIT, tentunya Anwar Ibrahim adalah orang paling frust sekali bila mendengar berita kejayaan kerajaan BN melangsaikan hutang bank dunia mengikut kehendak masa yang ditetapkan.

Kemampuan Kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib Razak yang telah berjaya mengurangkan hutang kerajaan telah membuktikan bahawa Kerajaan BN semamngnya komited ingin menunaikan segala janjinya untuk membantu meringankan beban yang ditanggung Rakyat.

Sebagai Rakyat, kita harus yakin dengan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri agar hidup kita semua akan lebih terjamin di masa hadapan. Tahniah Kerajaan di atas usaha yang berterusan ini.



KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan meminjam AS$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan semua pinjaman itu sudah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

"Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah AS$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak AS$124 juta," katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak AS$3,931 dan pinjaman tersebut hanya dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Baca seterusnya di ANTARA POS.COM

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.