14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.
Malam kelmarin perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.
Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.
Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.
Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.
Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.
Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.
Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.
BERUANG BIRU
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..