Khamis, 19 April 2012

Masuk Rumah Rakyat Pakai Kasut, Bukti Khalid Gagap Jijik Dengan Penduduk Ijok

    10:00:00 PG   No comments


Rasa simpati ada, rasa nak ketawa pun ada. Itulah reaksi spontan apabila terbaca luahan hati dan perasaan bengang penduduk Ijok yang berwakil rakyatkan Khalid Gagap seperti yang dilapor oleh portal berita KL Pos.

Mempunyai wakil rakyat seorang Menteri Besar, tapi hidup penduduknya bagi dianak tirikan. Nasib malang yang dialami oleh penduduk Ijok ini hampir serupa dengan nasib malang yang pernah menimpa penduduk Permatang Pauh yang pada ketika itu diwakili oleh seorang wakil rakyat berjawatan Menteri Kewangan dan Tim. Perdana Menteri.

Marah sungguh nampaknya penduduk Ijok terhadap Khalid Gagap kerana dilihat jarang turun melawat kawasan dan mengambil tahu susah senang nasib penduduk yang diwakilinya.

Tiada sebarang pembangunan dan nikmat ekonomi yang dapat dirasai oleh penduduk Ijok sepanjang empat tahun Pakatan memerintah biarpun wakil rakyat kawasan seorang bekas tokoh koprat terkenal.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh penduduk Ijok kerana gatal tangan memangkah Pakatan Pembangkang pada PRU yang lepas.

Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada penduduk Ijok agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada PRU13 akan datang.  Nasib malang yang dialami oleh penduduk Ijok sepatutnya menjadi iktibar buat seluruh penduduk Selangor dan juga rakyat di negeri lain.

Apa yang dapat dirumuskan dari luahan hati dan kemarahan penduduk Ijok terhadap Khalid Gagap selaku wakil rakyat, ia membuktikan kepada kita semua bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang bukan setakat tidak boleh diharap malah tak berguna walau sesen pun.

Published with Blogger-droid v2.0.4

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.