Rabu, 18 April 2012

Tanggung Kos Perbelanjaan IPT Milik Kerajaan Negeri Selangor Ibarat Dukung Biawak Hidup

    11:30:00 PTG   No comments


Isu pemansuhan hutang PTPTN dan juga pendidikan percuma yang dicanang oleh Pakatan Pembangkang dalam meraih sokongan rakyat telah membuatkan kerajaan Pakatan Selangor pening kepala.

Kerajaan Pakatan Selangor, dilihat seperti sudah hilang punca dan mati akal apabila diasak bertubi-tubi pelbagai pihak yang mendesak agar kerajaan negeri  pimpinan Khalid Ibrahim terlebih dahulu melaksanakan idea Pakatan Pembangkang dalam usaha memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Seperti biasa, pendekatan menyalahkan pihak lain seperti UMNO-BN untuk menutup kegagalan kerajaan negeri Pakatan Selangor dalam menagani isu yang berbangkit, dilihat cara paling mudah untuk melepaskan diri dari kemelut yang semakin menjerut leher Pakatan Selangor.

Kerajaan Pakatan Selangor, menyalahkan kerajaan terdahulu kerana telah mewujudkan UniSEL dan juga KUIS. Kewujudan dua kolej universiti tersebut juga diibarat oleh kerajaan Pakatan Selangor seperti mendukung biawak hidup kerana kerajaan negeri sekarang terpaksa menaggung segala beban dan kos operasi yang menelan belanja jutaan ringgit setiap tahun.

Sikap gemar menuding jari dan menyalahkan pihak lain yang sering menjadi amalan Pakatan Pembangkang walau telah diberi peluang mentadbir beberapa buah negeri, menunjukkan bahawa bertapa lemah dan tidak upayanya kerajaan negeri Pakatan dalam mendepani apa jua isu berbangkit dan juga masalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Negeri Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia dengan rizab simpanan tunai yang hampir mencecah RM2 bilion seperti yang dibangga-banggakan oleh penyokong Pakatan, sepatutnya ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan pendidikan percuma dan juga membantu meringankan beban hutang yang ditanggung oleh mahasiswa yang masih lagi menuntut di kolej atau universiti milik kerajaan negeri.

Diseru kepada seluruh mahasiswa yang menuntut di IPT milik kerajaan negeri Selangor bangkit sama mendesak Menteri Besar agar mengeluarkan sebahagian daripada simpanan tunai kerajaan negeri untuk digunakan bagi menampung kos perbelanjaan sara hidup dan yuran pengajian sebagai bukti dan jaminan bahawa Pakatan Pembangkang bernar-benar serius dengan segala janjinya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.