Ahad, 22 April 2012

Exco Agama Islam Selangor Disaran Supaya Lebih Kerap Turun Mengimarahkan Masjid

    12:00:00 PTG   No comments


Sejak Hasan Ali dipecat dari PAS dan dilucut jawatanya sebagai exco agama Islam, keadaan seluruh masjid di negeri Selangor kelihatan tidak bermaya serta kurang dengan program ilmiahnya.

Berbeza keadaanya ketika Hasan Ali masih menjawat jawatan sebagai exco agama Islam. Hampir setiap hari ada sahaja program ilmu dianjurkan atau aktiviti  yang boleh mengimarahkan masjid dilakukan dilaksanakan.

Hari ini, Menteri Besar yang jarang turun ke masjid berjemaah lima waktu pula menggalas jawatan selaku exco agama Islam Selangor yang baru.

Lagilah berkecamuk jadinya apabila tugas yang sepatutnya digalas oleh wakil dari Parti Islam PAS dipulun Khalid Gagap seorang.

Dalam laporan portal berita KL Pos, yang memetik ringkas ucapan Khalid Gagap  mengesa agar seluruh AJK Masjid di negeri Selangor sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu juga Khalid Gagap turut tidak berpuas hati apabila mendapat aduan ada AJK Masjid yang dilantik kurang aktif dan ada yang jarang turun solat fradhu berjemaah sepertinya.

Apa yang lebih menggusarkan Khalid Gagap bila ada AJK Masjid sibuk merebut jawatan dan merungut elaun yang diberi tidak mencukupi.

Dari apa yang dinyatakan oleh Khalid Gagap ini, membuktikan bahawa faktor pemecatan Hasan Ali dari PAS dan terlucutnya jawatan selaku exco agama Islam Selangor telah menjadikan AJK-AJK Masjid di Selangor tidak bersemangat untuk lebih mengimarahkan masjid seperti mana waktu dahulu.

Kesibukan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar dan kelibatnya  yang dilihat jarang hadir ke majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid, menjadi faktor  kepada kegagalan institusi masjid di Selangor berfungsi dengan  baik.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.