Khamis, 26 April 2012

Gagal Urus Sampah Di Selangor, Rakyat Pula Terpaksa Tanggung Derita Penularan Wabak Denggi

    12:30:00 PTG   No comments


Wak J: Penularan wabak denggi yang semakin menjadi-jadi di negeri Selangor seakan-akan sukar dibendung lagi.

Faktor utama yang menjadi penyebab meningkatnya kes demam denggi di Selangor berpunca dari sampah sarap yang tidak berkutip selain dari sikap masyarakat setempat itu sendiri.

Faktor lain yang turut menyumbangkan kepada merebaknya wabak denggi di Selangor,  disebabkan oleh kegagalan kerajaan negeri Pakatan dalam mengurus dan  mengawal selia jadual  kutipan sampah di Selangor.

Selain itu, ketirisan dan penyelewengan serta rasuah yang berlaku dalam pemberian tander kutipan sampah di Selangor  kepada kontraktor oleh pihak yang 'berkuasa' turut menyumbang kepada peningkatan penularan wabak denggi di Selangor.

Selagi kerajaan negeri Pakatan masih mahu bermain politik dalam isu sampah di Selangor, tidak mustahil pada masa akan datang jumlah kes demam denggi yang melanda negeri Selangor sekarang akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Oleh itu, langkah mudah yang boleh diambil untuk menghapuskan wabak denggi di Selangor dengan menghapuskan Pakatan  Rabak (PR) terlebih dahulu pada PRU 13 akan datang.


KUALA LUMPUR - Selangor merekodkan kes demam denggi paling tinggi dengan 3,615 kes dan sembilan kematian sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatat 868 kes dengan tiga kematian manakala Perak mencatat 563 kes dengan satu kematian.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengenai kes denggi mengikut lokaliti seperti kawasan bandar berbanding pekan kecil, pada persidangan Dewan Negara di sini.

"Daripada data itu, kita merumuskan bahawa kawasan bandar mencatatkan masalah denggi yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar," katanya sambil memberi contoh bahawa Sabah hanya mencatat 151 kes dengan satu kematian bagi tempoh sama.

Namun, katanya trend itu akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada usaha masyarakat setempat ke arah memastikan kawasan kediaman dan persekitaran bebas denggi.

"Masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha mencegah demam denggi dan ia bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata melalui pelbagai kempen dan usaha pencegahan oleh Kementerian Kesihatan," katanya. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.