Khamis, 26 April 2012

Sampai Bila Nik Ajis Nak Cover Kerja Jahat Kroni-Kroninya?

    10:00:00 PG   No comments


Wak J: Hari tu bukan main lagi pencacai tegar PAS dok kata kerajaan PAS Kelantan kerajaan negeri paling BERSIH di antara negeri-negeri yang ada dalam Malaysia ni.

Tak cukup lagi, ditambah pula dengan statment Tok Guru, disetiap ceramahnya siang dan malam hingga ke subuh dok jaja cerita kononya kerjaan PAS Kelantan tak makan sesen pun duit rakyat.

Padahal setiap kali ceramah, derma tabung JIHAD memang tak pernah miss.

Tup-tup la ni, SPRM datang melawat Tok Guru buat apa?. Tak mungkin dia orang datang saja-saja nak minta restu atau minta air jampi tuk kasi terang hati berkat doa Tok Guru

Ni mesti ada pekung yang dah berbau sikit-sikit setelah sekian lama disembunyi Tok Guru masuk dalam serban atau disapu ke bawah karpet.

Ingatkan Tok Guru dah kasi 'kaw tim' macam dalam kes Mat Sabu masa kena tangkap basah dulu. Takkan ler Brader2 SPRM ni dah tak respect  sikit pun pada Tok Guru. Ini tak boleh jadi, memang nak kena TIBAI.

Lagi satu sebelum terlupa, rakyat Kelantan minta tolong tanyakan pada Tok Guru, duit RM600 juta yang diperuntukan kerajaan pusat untuk menaik taraf bekalan air bersih di Kelantan dah habis dijoli ke mana?

Ada kabor dok kata duit tu diseleweng masuk dalam dana parti. Betul ker? Tolong  jawab  sat Tok Guru. Ambo bukan nak menuduh tapi sekadar nak bertanya, itu jer.


KOTA BAHARU - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, termasuk berkaitan urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, komitmen tersebut bagi menentukan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Saya sedia buka pintu 24jam untuk pihak berkenaan membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Pengajian Islam (MPI) di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai berapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat AKSB di sini, Isnin lepas, untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air tersebut. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.