Rabu, 11 April 2012

Niat Memang Nak Jimat Duit Sampah Ni, Tapi Bila Dah Banyak Khalid Gagap Pula Yang Sebat

    10:00:00 PG   No comments


Semua tahu punca masalah sampah tak berangkut di Selangor kebelakangan ini adalah angkara sikap angkuh kerajaan pimpinan PKR itu menamatkan kontrak Alam Flora Sdn Bhd yang selama ini buat kerja-kerja tersebut.

Pun begitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba spin isu tersebut dengan berkata kerajaan negeri mengambil langkah sewajarnya termasuk mengambil alih sendiri kerja pembersihan dan kutipan sampah di Selangor sejak Oktober tahun lepas.

Sebelum ini tidak timbul isu sampah tidak berangkut, tetapi sejak kerajaan Selangor ambil alih pengurusan sampah menyebabkan isu tersebut menjadi beban.

Khalid mengakui sendiri bahawa isu sampah yang berbangkit pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini adalah antara cabaran besar sepanjang pentadbirannya di negeri itu.

"Kita dapat kurangkan kos RM200 juta untuk kerja pembersihan dan sisa sampah di Selangor kepada antara RM150 juta ke RM160 juta dengan mengambil alih kerja-kerja itu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri," katanya ketika berucap sempena Majlis Persidangan Anggota PBT Penggal 2012/2013 Shah Alam pada Selasa.-10/4/2012. SUMBER AGENDA DAILY

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.