Selasa, 24 April 2012

Sokongan Rakyat Terhadap Pakatan Meningkat Di Selangor. Tapi Khalid Gagap Takut Nak Bubar DUN Serentak. Kenapa Ya?

    5:28:00 PTG   No comments


Tanda-tanda kekalahan gabungan Pakatan Pembangkang yang membentuk kerajaan di negeri Selangor sudah semakin ketara. Ketakutan yang dialami oleh PR Selangor semakin jelas kelihatan dengan tindakan terbaru mereka yang bercadang tidak akan membubarkan DUN serentak apabila tarikh PRU13 diumumkan kelak.

Jika kita pernah mengikuti ceramah politik yang dianjurkan oleh Pakatan di Selangor, setiap kali dalam ceramah mereka bukan main berapi-api lagi pemimpin Pakatan membakar kata-kata semangat kepada penyokongnya bahawa PR di Selangor tidak akan gentar  dan akan turun melawan BN jika Perdana Menteri membubarkan Parlimen esok hari.

Tapi apa yang berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini, laungan lawan tetap lawan semakin sayup kedengaran setelah Ketua Pembangkang yang juga merupakan penasihat ekonomi Selangor bernilai seringgit, menyarankan kepada Menteri Besar, Khalid Gagap agar tidak membubarkan DUN serentak dengan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh BN.

Walaupun hak pembubaran DUN di bawah kuasa kerajaan negeri bagi kawasan semenanjung Malaysia, rasanya setakat ini belum ada lagi negeri yang berjaya ditawan dan ditadbir Pakatan Pembangkang membuat pilihanraya DUN secara berasingan, contohnya di Kelantan.

Setiap hari kita sering dimomokkan oleh penyokong Pakatan, yang mendakwa kononya Pakatan Rabak dianggotai DAP, PAS dan PKR hari ini semakin kuat serta mendapat sokongan padu rakyat dan pada bila-bila masa sahaja sedia turun ke medan tempur (PRU13) untuk berentap dengan BN.

Apa yang peliknya, jika Pakatan sudah menjamin kedudukanya semakin kuat di negeri Selangor dan sukar digugat oleh sesiapa pun temasuk BN, jadi apa perlunya membuat pilihanraya secara berasingan?.

Alasan pertambahan pengundi baru di Selangor sepatutnya memberi kelegaan di hati penyokong dan pemimpin Pakatan sebagai isyarat sokongan terhadap Pakatan semakin meningkat. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Pemimpin dan penyokong Pakatan semakin gelisah dengan trend penambahan pengundi baru di Selangor.

Selain itu, Pakatan yang sering mendabik dada kononya semakin mendapat sokongan seluruh rakyat Selangor, masih lagi menyalahkan pihak lain terutama SPR dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang tidak masuk akal. Jika alasan daftar pemilih SPR tidak bersih dan telus Pakatan Pembangkang digunapakai, sudah pasti ramai yang akan mempersoalkan bagaimana Pakatan boleh menang sekaligus memerintah di beberapa buah negeri semasa PRU12 yang lepas.

Tingkah laku yang ditonjolkan oleh Pakatan dengan cuba mengelak dari mengadakan pilihanraya serentak di Selangor, membuktikan bahawa tahap sokongan rakyat terhadap gabungan tiga parti pembangkang itu tidak seindah seperti apa yang dikhabarkan.

Jika benar Pakatan (PAS,DAP & PKR) tidak takut berdepan BN dalam PRU13 di Selangor, cabaran untuk mengadakan pilihanraya serentak perlu disahut bagi membuktikan bahawa slogan lawan tetap lawan yang sering ditempik oleh Ketua Pembangkang Pakatan bukanlah sekadar retorik kosong semata-mata.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.