Steve lu memang padai buat lawak lah...kah..kah..kah
Dalam portal berita tajaan Yahudi iaitu Malaysiakini ada menulis tentang bapa Altantunya, Steve Shaariibu, yang mendakwa dirinya pernah melihat gambar Razak Baginda dan Najib Razak bersama anaknya.
Dalam keadaan ingat-ingat lupa apabila ditanya ada menyimpan gambar tersebut, Steve hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
Namun, Steve sempat memberitahu, dia pernah didatangi oleh seorang lelaki berketurunan Cina, berkaca mata dan juga merupakan seorang pemimpin politik pembangkang Malaysia.
Katanya lagi, lelaki Cina itulah yang menunjukan gambar anaknya bersama Razak Baginda dan Najib Razak ketika sedang minum petang meraikan kejayaan.
Gambar yang dimaksudkan oleh Steve sama seperti gambar di atas. Jadi memang betul bapa Altantunya pernah melihatnya.
"Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.
Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda" petikan Meloyakini
Dari kenyataan bapa Altantuya ini, apa yang dapat disimpulkan ialah, segala dakwaan yang dibuat itu hanyalah adaian semata-mata dan mengikut skrip yang telah dikarang oleh Anwar Ibrahim.
Sekiranya benar, gambar Najib dan Razak Baginda bersama anaknya itu ada dan pernah dilihat oleh mata kepalanya sendiri, sudah tentu Anwar Ibrahim adalah orang yang pertama akan menjaja gambar tersebut ke serata dunia.
Setiap kenyataan terbaru yang keluar dari mulut Steve Shaariibuu, hanya akan menjadikan dirinya dan Anwar Ibrahim serta seluruh penyokong Pakatan Pembangkang kelihatan serba melawakan.
Zaman serba canggih mana ada lagi orang nak percaya pada kata-kata kalau tak disertakan sekali dengan bukti. Lagilah nak dekat musim pilihanraya. Nampak sangat kedatangan bapa Altantunya ini seperti telah dirancang oleh Anwar Ibrahim dan ia bermotifkan politik.
Baru dakwaan kosong sahaja, tapi penyokong Pakatan Pembangkang bukan main gembira tak terkata. Tapi yang peliknya, bila ada bukti menunjukan Anwar Ibrahim berzina dengan Chinadoll, haram dia orang nak percaya. Inilah namanya ketololan yang terlampau..
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..