Isnin, 9 April 2012

Tak Mampu Tangani Masalah Banjir Di Selangor, Kerajaan Negeri Pakatan Merayu Batuan Dari Persekutuan

    9:35:00 PTG   No comments


Beberapa tahun lepas setelah Pakatan Pembangkang berjaya menawan Selangor, Menteri Besar, Khalid Gagap ada membuat janji kepada rakyat Selangor untuk melakukan pembangunan terhadap Sg Klang bagi mengelak sebarang masalah berlaku seperti banjir.

Sebanyak RM10 bilion telah diumumkan dalam bentuk pakej rasangan bagi melakukan kerja-kerja pembagunan di sungai tersebut dan sistem saliran yang berada di kawasan sekitarnya.

Namun sampai sekrang, pembagunan yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor masih lagi tak terlaksana. Malah pakej rangsangan sebanyak RM10 bilion yang pernah dibangga-banggakan oleh Kahlid Gagap masih tak nampak lagi bayang duitnya.

Setelah sekian lama menanti pakej rangsangan yang tak kunjung tiba, musibah banjir pula yang datang menimpa seluruh penduduk Klang. Apalah malang punya nasib.

Kerajaan Pakatan Selangor cuba lepas tangan dalam isu bencana banjir yang yang menimpa penduduk Klang dengan meminta Kerajaan Persekutuan (Fedral) menyelesaikan segala permasalahan banjir yang berlaku di negeri Selangor.

Oleh kerana Kerajaan Pakatan Selangor tidak cukup duit dan tidak mampu untuk mengatasi masalah setiap kali banjir berlaku, peruntukan sebanyak RM1 bilion akan dipohon atas alasan kerja-kerja mencegah banjir di Selangor terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Yang ingin dipersoal sekarang, apa fungsi dan peranan kerajaan negeri sedia ada untuk mengatasi masalah sebegini?. Bila setiap kali tiba belanjawan negara peruntukan yang besar telah diberi kepada setiap kerajaan negeri. Ke mana perginya wang dan apa Khalid Gagap buat dengan duit rakyat yang telah diberikan itu?

Dengan peruntukan yang dipohon oleh Khalid Gagap ini telah membuktikan bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang sedang mengalami masalah kewangan tapi ia cuba disembunyikan. Dan paling nyata sekali pakej rasangan sebanyak RM10 bilion yang pernah diwar-waran tak lama dulu oleh kerajaan negeri hanyalah satu pembohongan Khalid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat sahaja.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.