Selasa, 3 April 2012

'Terima Kasih PM' Sarang Burung Walit Kami Kini Boleh Dipasarkan Semula

    8:30:00 PG   No comments


MUNGKIN laporan penarikan semula larangan penjualan sarang burung dari Malaysia oleh kerajaan China yang diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Nanning, China, Sabtu lepas, kelihatan kecil pada sesetengah pihak.  Maka itu tidak hairan kenapa tidak banyak portal berita yang mahu menyiarkan berita ini apatah lagi memberikan ulasan yang bersesuaian mengenainya.
 
Itu mudah difahami kerana dalam keadaan semua pihak menanti tarikh pembubaran parlimen bagi membuka laluan kepada pilihanraya umum, berita yang tidak ada sensasi politik memang kurang mendapat perhatian pembaca.

Hakikat yang sebenarnya, berita ini mempunyai impak yang besar kepada semua pengusaha burung walit (majoriti masyarakat cina) di Malaysia ini kerana China adalah pasaran terbesar dunia untuk produk sarang burung yang dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan di kalangan orang cina.

Pendek kata, banyak manfaat yang boleh diperolehi pengusaha sarang burung tempatan dengan penarikan semula larangan ini.

Berapa besar manfaat itu? Sukar nak dinyatakan kerana tidak ada satu angka rasmi yang boleh dijadikan petunjuk, tapi dengan nilai sarang burung tersebut yang mencecah harga antara RM 2,000 hingga RM 12,000 sekilogram, impaknya memang besar.  Apatah lagi dilihat dari ramainya yang menjadi jutawan dalam senyap melalui perusahaan ini.

Kerja keras Perdana Menteri ini selayaknya mendapat penghargaan dari semua lapisan masyarakat cina, sama ada yang mengusahakan perusahaan burung walit ini atau tidaknya.  Setidak-tidaknya, kerja keras Perdana Menteri ini berjaya memastikan ekonomi masyarakat cina terbela kerana perniagaan sarang burung ini mempunyai kaitan rapat dengan banyak industri berkaitan yang lain. Paling tidak industri pembinaan (untuk membina rumah burung walit).

Semua ini adalah hasil usaha dan hubungan baik Perdana Menteri dengan kerajaan China yang telah terjalin sejak ayahanda beliau memulakan hubungan diplomatik dengan negara tembok besar tersebut pada 1971 lagi.

Walaupun penarikan semula import burung walit ini bersyarat (jumlat nitrat perlu dikurangkan), tapi itu adalah isu operasi yang boleh diselesaikan oleh semua pengusaha.  Yang utamanya ialah meyakinkan kerajaan China bahawa Malaysia mampu menyelesaikan semua isu yang membawa kepada pengharaman tersebut.  Ini bukan perkara mudah kerana sebagai negara pengguna, China mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan sarang burung, tidak semestinya dari Malaysia sahaja.

Tapi itulah yang dilakukan Perdana Menteri, sesuai dengan jawatannya yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, tidak kira keturunan dan agama anutan.

Sepatutnya sekarang tidak ada lagi cakap-cakap politik yang mengatakan kerajaan BN tidak membantu masyarakat cina di Malaysia.  Perdana Menteri tidak sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat cina dalam soal-soal tempatan sahaja malah dalam soal perniagaan di peringkat antarabangsa juga.

Kalau helah pembangkang dijadikan panduan, sepatutnya kerajaan BN membiarkan sahaja pengusaha sarang burung walit di Malaysia menyelesaikan sendiri masalah ini atau membiarkan parti-parti pembangkang yang kononnya prihatin dengan nasib pengusaha burung walit ini, menyelesaikannya mengguna apa saluran yang termampu oleh mereka.

Tapi ternyata tanggapan itu meleset, Perdana Menteri rupa-rupanya memandang serius nasib pengusaha sarang burung yang terjejas ini dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya – walaupun tanpa gembar gembur yang hebat, mahupun publisiti yang meluas.

Kalau ini bukan budi seorang pemimpin kepada rakyatnya, apa lagi yang layak kita gelarkan?


WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.