Selasa, 3 April 2012

Injunksi 8 Peneroka Ditolak..Pembangkang Kecewa Lagi

    12:03:00 PG   No comments


Wak J: Selamat meroyan buat Pakatan Pembangkang. Permohonan injunksi yang difailkan oleh merka tempoh hari ditolak oleh mahkamah

Penolakan ini menjadi satu lagi tanda penyenaraian FGVH di bursa Malaysia bakal menjadi kenyataan sikit masa lagi.

Usaha lagi, jangan kecewa naaa...tunggu durian runtuh jatuh atas kepala..

Cubaan pembangkang menggunakan lapan peneroka menfailkan permohonan injunksi bagi halang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) 'sangkut' selepas ditolak Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan pada Isnin.

Hakim Mariana Yahya membuat keputusan tersebut dalam kamar berkata bahawa adalah pramatang untuk injunksi terhadap proses penyenaraian sedangkan keputusan untuk pelupusan ekuiti belum  dibuat lagi.

Peguam plaintif Mohd Harris Abdullah berkata mahkamah juga mendapati dakwaan mereka bahawa KPF memiliki 51% saham di FHB bernilai RM3.13bil tidak dibuat berdasarkan bukti kukuh.
Beliau menambah bahawa hakim berkata mahkamah bukan saluran yang betul untuk kes tersebut kerana isu-isu koperasi 'perlu diambil dengan Suruhanjaya Koperasi.

Sebelum ini, lapan peneroka tersebut memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 22 Februari lalu.

SUMBER AGENDA DAILY

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.