Isnin, 2 April 2012

MB Selangor Arahkan UNISEL Langsai Hutang Pelajarnya Sebagai Simbolik Mansuh PTPTN

    12:30:00 PTG   No comments


Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7, yang juga merupakan bekas banduan bergelar Dato Sri telah mengumumkan skim pinjaman PTPTN akan dimasuhkan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kini ada memiliki universitinya sendiri bernama UNISEL. Sebagai simbolik, apa kata kerajaan negeri Selangor melalui UNISEL terlebih dahulu membantu para pelajarnya melangsaikan segala hutang PTPTN yang dipinjam sebelum ini.

Setelah hutang berjaya dilangsaikan, setiap pengambilan baru pelajar masuk ke UNISEL tidak perlu dikenakan sebarang bayaran atau yuran pengajian. Langkah ini perlu dilaksana agar ia selari dengan matlamat Buku Jingga yang ada berjanji untuk menyediakan perndidikan PERCUMA kepada Rakyat di setiap peringkat.

Untuk percubaan, memang wajar sangat Selangor melalui kerjaan negeri Pakatan Rakyat menjadi perintis utama kepada sistem pendidikan PERCUMA ini.

Rasanya ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri yang terkaya di  Malaysia. Berapa sen sengat duit PTPTN yang dipinjam oleh pelajar UNISEL untuk menampung yuran pengajian dan perbelanjaan harian mereka.

Buat apa disimpan RM1.9 bilion lama-lama, kalau tak diguna untuk bantu meringankan beban hutang yang ditanggung oleh rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap kerajaan yang ada untuk meringakan beban hutang Rakyat.

Hutang rumah dengan ansuran kereta boleh tolong settelkan tak?

Sebagai sebuah kerajaan prihatin dan berkebajikan, Pakatan Rakyat Selangor perlu merealisasikan langkah awal ini sebelum PTPTN dimansuhkan secara total jika Pakatan menang PRU13 nanti.

Dengan itu Ia boleh dijadikan sandaran atau bukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang 'cakap serupa bikin' dan bukan 'cakap tapi tak bikin-bikin' seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Apa tunggu lagi?...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.