Isnin, 2 April 2012

Pembangkang Kempunan Tak Dapat Gadai Tanah Milik Peneroka Felda

    10:00:00 PG   No comments


Wak J: Dah banyak kali penjelasan diberi bahawa tanah milik Peneroka Felda tak akan terusik sikit pun jika FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia pada bulan Jun nanti.

Bagi yang tak tahu atau belum tahu pasal tanah Peneroka Felda ni, sukacitanya nak diingatkan sekali lagi bahawa tanah milik peneroka tidak boleh dijual atau ditukar milik atas nama sesiapa pun.

Sekiranya tanah tersebut di atas nama bapa atau mak kita selaku Peneroka Felda generasi pertama, sampai dunia qiamat pun nama yang sedia ada tidak boleh dipindah milik walau pada anak-anak atau waris terdekat sekalipun.

Secara ringkasnya, anak-anak Peneroka hanya akan mewarisi tanah sebanyak 10 hektar itu sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja bukan hak milik persendirian. Sebab itulah Peneroka Felda  tidak merasa bimbang bila FGVH disenaraikan kelak.

Cuma Pembangkang je yang lebih-lebih. Macamlah tanah Peneroka tu dia orang yang punya.

Sebab itu segala macam akta dan udang-undang terikat dengan tanah milik Peneroka Felda ini, Ia bertujuan untuk melindungi kepentingan tuan tanah dan juga waris-warisnya agar tak hidup merempat sambil menumpang di tanah orang.


KUALA LUMPUR: Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak melibatkan tanah hak milik peneroka Felda sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa langkah penyenaraian itu akan menyebabkan tanah hak milih peneroka tergadai di mana menurut beliau penyenaraian itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri.

"Saya mengulangi lagi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini.

"Penyenaraian hanya melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri yang diberi hak memajukan kepada kerajaan persekutuan sebagaimana peruntukan dalam Akta GSA 1960 yang selama ini diurus oleh Felda Plantations," katanya pada majlis perasmian Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2012 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri melancarkan karnival bertemakan 'Menjunjung Transformasi Bangsa' itu.

Baca seterusnya di MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.