Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat sewaktu memerintah tetapi apabila Pakatan Pembangkang memerintah, mereka lebih cenderung kepada berpolitik dari menumpukan kepada soal perkhidmatan atau pembangunan, katanya.
Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Noh.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini pada Ahad sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, antara musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang, dan Hulu Langat awal bulan ini dan Jumaat lepas di bandar Klang.
"Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah, tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat balik," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..