Ahad, 1 April 2012

Antara PKR Dan PAS..Siapa Peralat Siapa? Tentunyalah PAS

    10:41:00 PTG   No comments


Wak J: Selagi PAS terus kekal di dalam gabungan Pakatan Pembangkang, selagi itulah PAS akan kekal menjadi alat dan diperalat oleh Anwar Ibrahim dan juga Lim Kit Siang.

PAS digunakan Anwar sehabis-habisnya untuk memastikan agar matlamat menjadi Perdana Menteri tercapai.

Matlamat untuk menghancurkan UMNO yang menjadi keutamaan pemimpin dan pengikut PAS hari ini, telah membuatkan mereka terlupa akan hinaan dan kejian yang pernah dilemparkan Anwar ketika dirinya masih lagi bersama UMNO.

Tanpa DAP dan PKR, parti Islam PAS bukanlah sesiapa untuk berhadapan melawan UMNO-BN. Sebab itulah PAS memerlukan pertolongan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan juga Syaitan.

Kerana dendam kesumat terhadap batang tubuh UMNO, PAS merelakan dirinya diperalat dan menjadi alat kepada pihak lain asalkan dendamnya terbalas dan hatinya merasa puas.

Sesungguhnya, PAS akan terus kekal seperti PAS yang ada hari ini selagi parti itu masih kekal bersama PKR dan DAP. Setelah habis kudrat penyokong setia diperah Anwar, PAS akan dibuang seperti hamPAS..


KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk golongan miskin jika pembangkang memerintah.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.