Ahad, 8 April 2012

Yassin......

    2:26:00 PG   No comments

Wak J: Marilah kita sama-sama memperbanyakan bacaan surah Yassin agar dengan keberkatan yang terkandung dalam surah tersebut dapat menjadikan keadaan kesihatan Tok Guru Nik Ajis semakin bertambah baik.

Jangan ada yang gatal mulut doakan Tok Guru pecah perut atau cepat mereput walau pada masa sihatnya dulu dia pernah mendoakan perkara yang sedemikian terhadap Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan juga seteru politiknya iaitu orang Umno.

Mari kita bersangka baik dan setiasa mendoakan agar kesihatan Tok Guru kembali pulih seperti sediakala. Anggap sahaja segala sakit-sakit yang dialami Tok Guru ini sebagai penghapus dosa kecil yang pernah dilakukanya dahulu.

Get well soon...

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang masih dirawat di wad rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan doktor yang merawatnya agar berehat di hospital itu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Nik Abdul Aziz, 81, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Rabu lepas.

"Tok Guru (Nik Aziz) dinasihatkan berehat di wad CCU itu bagi mengelakkan banyak menggunakan tenaga apabila berada di luar.

"Seperti biasa, perutnya selalu meradang apabila tersalah makan dan penat akibat banyak pergerakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Sabtu.

Abdul Fatah berkata Menteri Besar itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat ini, sebaik selesai menjalani pemeriksaan lanjut.

Sultan Kelantan Sultan Mohammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat semalam, kata Abdul Fatah.- BERNAMA
Published with Blogger-droid v2.0.4

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.