Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap tak berani mengulas sedikit pun berkenaan skandal seks yang melibatkan rakan baiknya dalam PKR yang juga merupakan seorang Tim. Presiden parti.
Kata Khalid Gagap, isu skandal seks yang menyelubungi Azmin Ali tidak ada kena mengena dengan masalah rakyat Selangor.
Apa yang jelas, Azmin Ali merupakan seorang wakil rakyat bertaraf ahli Parlimen di negeri Selangor. Macam mana Khalid Gagap boleh kata ia tidak kaitan dengan rakyat.
Sebagai Rakyat, sudah tentu ingin sangat mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap wakil rakyat yang mereka sendiri pilih. Siapa kata rakyat tidak peduli?
Sebagai ketua negeri, Khalid Gagap seharusnya menjelaskan kepada rakyat keadaan sebenar apa yang berlaku, bukanya cuba mengelak dari menjawab segala persoalan yang timbul berkenaan isu skandal seks yang melibatkan wakil rakyat Pakatan di Selangor.
Dalam isu ini, Khalid Gagap seolah-olah cuba 'play safe' memandangkan PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi. Jika terlepas cakap atau terselah ketika mengelurakan kenyataan kepada media, pasti akan merencatkan peluang untuk menjadi calon dan bertanding semula.
Setiap calon dari PKR yang ingin bertanding semula sebagai wakil rakyat, mesti mendapaktkan restu dari Anwar Ibrahim terlebih dahulu. Kelebihan kini berada di pihak Azmin kerana Anwar Ibrahim adalah sebahagian dari darah dagingnya.
Persengketaan antara Khalid dan Azmin dalam PKR, sudah menjadi rahsia terbuka walau serapat manapun mereka berdua cuba sembunyikan. Khabar angin yang kini sedang bertiup kencang dari pelbagai arah, memberi tahu, letupan skandal seks yang berlaku baru-baru ini melibatkat Azmin Ali berpunca dari kem PKR sendiri.
Siapakah geranganya yang memegang 'remote control' semasa isu skandal seks yang melibatkan Tim. Presiden PKR diletupkan di alam maya?
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..