Ahad, 6 Mei 2012

Gara-Gara BERSIH 3.0 Jemaah Malaysia Dicop Sebagai Penghasut & Pencetus Huru-Hara Di Arab Saudi

    10:48:00 PTG   No comments


Tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Pembangkang yang dikepalai oleh parti islam PAS dengan membawa agenda murtad Ambiga melalui BERSIH 3.0 ke tanah suci Mekah, benar-benar membawa SIAL kepada seluruh rakyat Malaysia.

Imej negara tercemar dek kerana kelakuan tidak senonoh yang dipamerkan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang semasa berada di tanah suci sekaligus ia boleh menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Jemaah Malaysia yang tidak terlibat dengan kumpulan ekstrimis Pakatan Pembangkang ketika menjayakan angenda Ambiga di tanah suci tempoh hari, turut terpalit juga dengan kekotoran yang dibawa.

Apa yang dibimbangkan dalam isu ini ialah kesan dari tindakan kerajaan Arab Saudi, terhadap kemasukan rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah dan Madinah pada masa akan datang terpaksa dikawal atau dihadkan kepada jumlah tertentu, bagi mengekang hasutan jahat yang dibawa oleh penyokong  pembangkang supaya tidak merebak dan menghuru-harakan keadaan.

Kawalan yang akan dibuat oleh kerajaan Arab Saudi itu nanti sudah masti akan menyusakan para jemaah Malaysia yang kini sedang menunggu giliran untuk berangkat ke tanah suci. Sekali lagi Najib bersama jemaah menterinya terpaksa berangkat ke tanah suci untuk membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan oleh penyokong Pakatan Pembangkang. Memang menyusahkan!


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.




Published with Blogger-droid v2.0.4

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.