Ahad, 6 Mei 2012

BERSIH 3.0 Bawa Sial, Peniaga Tuntut Ambiga Bayar Ganti Rugi

    3:30:00 PTG   No comments


Wak J: Kalau sehari tak berniaga, bukan rugi banyak mana pun. Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Penyokong Pakatan Pembangkang apabila ditanya pasal kerugian yang ditanggung oleh para peniaga sekitar Kuala Lumpur akibat dari perhimpunan BERSHIT 3.0 yang lepas.

Apabila disuruh bayar ganti rugi, baik pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang, tidak ada seorang pun yang tampil secara sukarela sanggup bertanggungjawab menanggung segala kerugian yang dialami oleh para peniaga yang terjejas punca pendapatanya pada masa itu.

Sebaliknya, peniaga-peniaga yang menuntut ganti rugi ini pula dipersalahkan, kononya bantahan serta tuntutan yang dibuat itu didalangi serta dihasut oleh pihak tertentu.

Sejak berakhirnya BERSHIT 3.0, kemarahan warga kota Kuala Lumpur dilihat semakin memuncak akibat dari kemusnahan harta benda serta keadaan huru hara yang dicetuskan oleh penyokong Pakatan Pembangkang ketika berhimpun melawa pihak berkuasa.

Segala kemusnahan atau kerugian yang ditanggung semasa berlakunya perhimpunan BERSHIT 3.0 wajar dibebankan kepada penganjur perhimpunan tersebut. Puak-puak pembangkang ini perlu diberi pengajaran dan pelajaran agar mereka sentiasa ingat bahawa Malaysia ini bukan mak bapak dia orang yang punya.


KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini menuntut penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga membayar ganti rugi susulan perhimpunan itu Sabtu lepas.

Peniaga tersebut antaranya dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Kompleks Pertama dan Kampung Baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sederhana.

Menurut mereka sekiranya setiap tahun ada perhimpunan seperti itu, mereka khuatir perniagaan akan lebih teruk terjejas sehingga terpaksa gulung tikar.

Seorang peniaga air di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Hazmizi Abu Hashim, 50,berkata beliau kecewa dengan sikap penganjur yang tidak memikirkan kesan perhimpunan itu kepada peniaga-peniaga kecil.

"Perniagaan kami ini kalau tak kerja sehari susah nak makan, walaupun perhimpunan itu sehari tetapi pelanggan kadang-kadang takut nak datang untuk hari esoknya," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan peniaga membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Katanya kerugian dan kerosakan yang dialaminya, di mana bekas-bekas airnyapecah ditendang oleh peserta perhimpunan, ketika perhimpunan tersebut diadakantahun lepas masih belum mendapat ganti rugi.

Rashid Fazzil, peniaga pakaian dari Kampung Baru berkata hampir 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup kedai mereka kerana bimbang perhimpunan itu akan bertukar menjadi rusuhan.

"Ambiga harus fikir perkara-perkara ini walaupun ia kecil sebelum bertindakmenganjurkan perhimpunan yang saya lihat akhirnya hura-hara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga semalam, beliau menerima anggaran kerugian lebih RM200,000 daripada peniaga.

Katanya jumlah sebenar kerugian akan diketahui selepas seminggu.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat selepas semua kerugian itu dikenal pasti.

"Sekiranya tiada tindakan dibuat mengenai tuntutan tersebut, kami (peniaga) akan buat bantahan 'aman' di hadapan rumah Ambiga...tunggulah," katanya.- BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.4

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.