Ahad, 6 Mei 2012

Rakyat Selangor Bangkit Menuntut Kerajaan Negeri Menunaikan Segala Janjinya

    12:00:00 PTG   No comments


Ayuh!!! Seluruh Rakyat Selangor kita bangkit menuntut agar segala janji yang pernah dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan (PKR,PAS,DAP) ditunaikan sebelum menjelangnya PRU13.

Setelah lebih empat tahun kerajaan campuran Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor, tak sampai pun 50% dari janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan berjaya ditunaikan.

Kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20% dan premis sebanya 10% yang pernah dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan masih lagi tidak ditunaikan hingga ke hari ini. Itu tidak termasuk lagi dengan janji air percuma yang mana bukan kesemuanya rakyat Selangor dapat merasainya.

Kerajaan negeri Pakatan Selangor sanggup berhabis duit menyediakan papan iklan yang mahal-mahal mengingtkan rakyat agar tidak lupa menjelaskan cukai taksiran dan bermacam-macam cukai lagi, tapi dalam pada masa yang sama kerajaan ngeri di bawah kepimpinan Khalid Gagap buat-buat lupa tentang janjinya berkenaan isu penurunan cukai di Selangor seperti yang terkandung dalam menifesto Pakatan sebelum menang pilihanraya lepas.

Rizab tunai Selangor telah meningkat hampir mencecah RM2 bilion kemudian ditambah pula dengan kemasukan pelaburan asing ke Selangor yang dikhabarkan jumlahnya mencecah RM35 bilion, tak mungkin kerajaan negeri tak mampu melunaskan segala janjinya untuk rakyat Selangor dengan menggunakan sebahagian dari wang yang telah banyak dikumpulkan.

Sebagai Rakyat dan juga tuan bagi negeri Selangor, sebarang alasan atau sebab kenapa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan segala janji yang pernah ditabur dulu hingga ke hari ini, sama sekali tidak boleh diterima. Yang paling penting, setiap kata mesti dikota. Jangan hanya pandai berjanji kalau sendiri tahu tidak mampu menunaikanya.

Sekiranya, kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan gagal menunaikan segala janjinya sebelum PRU13, mahkamah rakyat akan membuat keputusan samada menolak atau melenyapkan terus Pakatan di bumi Selangor.


SHAH ALAM: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun secara aman di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Khamis ini bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Selangor berhubung janji-janji yang masih tidak tertunai.

Setiausaha Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia (PPPM) K. Vijiya berkata 1,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan itu dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Vijiya berkata antara yang dipersoalkan adalah mengenai janji-janji calon parti pakatan yang diberikan semasa kempen pilihan raya umum lepas antaranya untuk menyelesaikan masalah penduduk seperti di Kampung Bunga Raya, Subang, membina dua bonggol jalan di hadapan kuil di Sri Muda.

"Dahulu semasa tiada duit mereka berjanji macam-macam tetapi apabila dipilih jadi wakil rakyat tidak banyak yang dilakukan mereka," katanya, Sabtu.

Pengerusi PPPM N.Alagan berkata penduduk Kampung Bunga Raya masih tidak mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu bagi setiap rumah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

"Kenapa tidak ada masa untuk rakyat tetapi dalam perhimpunan Bersih 3.0 (diibu negara 28 April lepas) mereka ada masa untuk hadir?" katanya.-BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.