KONSPIRASI lagikah ini. Berapa pula jumlah sogokan dari UMNO kali ini yang akan ditafsir oleh penyokong tegar Pakatan Pembangkang setelah menonton video klip luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan perbuatan anak lelakinya di bawah ini.
Sempena HARI IBU pada bulan Mei ini, kita dikejutkan dengan satu pengakuan ikhlas atau lebih tepat lagi luahan rasa kecewa seorang insan bergelar ibu terhadap kelakuan anak kandungnya yang sanggup melebihkan Anwar Ibrahim dari dirinya sendiri.
Memang sedih dan sadis bila mengenangkan apa yang telah dikata oleh ibu Azmin ini. Bukan setakat luka tapi dah ke tahap hancur hati seorang ibu dikerjakan anak lelakinya, sampai macam tu sekali Azmin Ali sanggup buat kepada ibunya semata-mata untuk seorang manusia bergelar 'Anugerah Tuhan'.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak. My News Hub
Hebat betul aura kotei bengkok yang dimiliki Anwar Ibrahim sehingga mampu menundukan seorang lelaki dari mentaatinya ibunya sendiri. Ntah apa agaknya 'perjanjian syaitan' yang telah dimetrai oleh mereka berdua sehingga sanggup sehidup semati dan bertukar bini.
Sebelum semuanya terlambat, bila mana si ibu sudah tiada lagi, dinasihatkan kepada Azmin Ali agar cepat-cepat memohan maaf kepada ibunya serta bertaubat. Minta tolong juga kepada Nik Ajis, Hadi Awang atau sesiapa sahaja yang cerdik pandai pasal agama dalam Pakatan Pembangkang agar dapat mentarbiayahkan Azmin semoga kembali ke pangkal jalan.
Segila mana sekalipun impian Azmin bersama kekasihnya, Anwar Ibrahim hendak menawan Putrajaya, kalau tidak mendapat restu IBU, jangan haraplah impianya itu akan tercapai. Silap-silap haribulan, cium bau syurga pun tak dapat. Derhaka pada ibubapa jangan buat main-main. Buruk akibatnya nanti.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..