Sabtu, 5 Mei 2012

Rakyat Desak Kerajaan Lucut Kerakyatan Ambiga & Tarik Balik Darjah Kebesaran Anwar Ibrahim

    9:00:00 PTG   1 comment


Wak J: Memang patut sangat dilucut taraf kerakyatan dan ditarik balik darjah kebesaran yang telah dikurniakan kepadanya. Inilah manusia yang jenis tak sedar diri dan lupa asal usul dari mana dia datang.

Kalaulah orang Melayu pada waktu dulu berkeras tidak mengiktiraf keturunan pendatang ini sebagai warganegara, dah tentu Ambiga sekarang tinggal di kawasan estet mengambil upah sebagai penoreh getah.

Tak ada satu pun perkara baik dan bermanfaat disumbangkan oleh Ambiga sepanjang dia wujud di muka bumi ini, melainkan keadaan huru hara yang dicetuskan melalui perhimpunan BERSHIT yang dianjurkan bersama Pakatan Pembangkang.

Rakyat Malaysia yang sangat cintakan keamanan seharusnya bangkit memberi tekanan kepada petualang-petualang serta pengkhianat negara agar segera barambus dari bumi bertuah ini supaya kestabilan dan keharmonian yang dinikmati sekarang dapat dikekalkan.


BALING 5 Mei - Sepuluh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Baling hari ini mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan menarik balik semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 500 orang, antaranya mewakili PERKASA, Majlis Belia Malaysia (MAYC), JKKP Baling, Persatuan Siam Baling, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (PEKIDA), Persatuan Wanita dan Kaum Ibu Baling, Puteri UMNO serta peniaga Melayu Pekan Baling berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta institusi polis.

Pengerusi Bantahan BERSIH daerah Baling, Othman Mohd Nor, 47, berkata penduduk Baling tidak sanggup melihat keganasan yang dilakukan peserta perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 28 April lalu yang jelas diperalatkan pemimpin berfahaman komunis dan pengaruh Yahudi.

"Penduduk Baling mampu mengadakan bantahan lebih besar selepas ini sekiranya penyokong parti pembangkang merancang mengadakan BERSIH 4.0 pula," katanya kepada pemberita di sini.

Pengerusi Perkasa Baling, Wan Mahmud Wan Ibrahim, 69, berkata PERKASA kecewa dengan keganasan yang dilakukan peserta perhimpunan BERSIH itu yang jelas didalangi anasir yang hendak menghancurkan negara.

Sebagai menunjukkan kemarahan, mereka membakar patung Anwar dan Ambiga.

SUMBER KL POS

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.