Sabtu, 5 Mei 2012

Islam Itu Addin Tapi Bukan Mengikut Cara PAS

    6:48:00 PTG   No comments


Sejak sekian lama PAS wujud di muka bumi ini, baru sekarang Parti Islam itu sedar bahawa Islam adalah satu cara hidup atau 'addin'

Kenapa baru sekarang PAS sedar Islam itu 'Addin'? Sedangkan sejak dari zaman kenabian lagi ia telah dijelaskan kepada kita semua berkenaan perkara ini. Adakah selama ini orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan cara hidup mengikut perinsip Islam?

PAS melihat sokongan  orang Islam terutama dari orang Melayu terhadap partinya itu semakin berkurangan, maka formula baru perlu dicipta untuk menarik semula sokongan orang Islam bagi mendepani pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Disaat akhir tibanya musim pilihanraya, timbul bermacam-macam propaganda PAS yang kononya hendak menganggkat martabat Islam ke tahap tertinggi. Padahal, PAS lah yang paling galak sekali melacurkan kesucian agama Islam dengan fatwa-fatwa sesatnya.

Cadangan Hadi Awang selaku Presiden PAS yang ingin menjadikan Islam sebagai 'way of life' untuk rakyat Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya, tak lebih sekadar retorik kosong atau janji politik untuk meraih undi simpati dikala partinya itu semakin ditolak rakyat.

Jika diteliti dalam kitab suci Jingga Pakatan Pembangkang, tak ada satu pun perenggan atau baris ayat yang tertulis dalam kitab suci itu menyatakan atau menggariskan bahawa Islam akan diangkat sebagai Addin jika Pakatan Pembangkang menang PRU13.

Cukuplah Islam diangkat sebagai agama rasmi di Malaysia yang termaktub dalam buku perlembagaan. Tak perlu diubah lagi kerana segala isi kandunganya  menepati ciri-ciri dan kehendak Islam itu sendiri. Elok sahaja umat Islam hari ini menjalankan ibadah seharian tanpa sebarang gangguan.

Selama PAS wujud di arena politik Malaysia hingga ke hari ini, PAS bukan ikut sangat pun 'way of life' seperti yang digariskan dalam Islam. Mencaci, memaki hamun, memfitnah dan bermacam lagi, semua perkara terkutuk ini pernah dilakukan oleh PAS.

Tak cukup Islamkah  cara hidup yang diamalkan oleh pemimpin dan penyokong PAS sekarang ini?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.