Apa yang sedang berlegar di dalam blog-blog bukanlah memeranjatkan, sekiranya moral pemimpin-pemimpin PKR dibandingkan satu persatu, sehelai demi sehelai.
Dari Elizabeth Wong, si pencetus revolusi kerendahan moral yang diterimapakai oleh kepimpinan PKR dan penyokong mereka, termasuklah yang berkopiah dari PAS, sehingga kepada Penasihat Ekonomi, kini “madu” Azizah, iaitu Azmin Ali menjadi penyambung warisan porno hanya baru 4 tahun diberi mandat sebagai kerajaan negeri.
Tipikal Anwarista, UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan, demi menghalalkan kelakuan moral buruk pemimpin mereka. Walhal, politik dunia tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada mereka yang terbabit di dalam skandal seks untuk terus berada di dalan lanskap politik semasa. Hairan, di Malaysia, ramai muka tidak tahu malu terus diberi peluang, dan yang memberi peluang tentunya lebih pariah dan hina kerana membiarkan perkara ini berlaku. Idea Barat yang menjadi kiblat mereka rupanya bersifat “selective”, dan bukannya bersifat telus.
Sedang gambar-gambar foto yang
dipercayai diambil dari CCTV berlegar di segenap ruang maya menyebabkan
Azmin Ali pening kepala, sebenarnya ada satu lagi skandal yang
melibatkan kamera tersembunyi yang masih “disembunyikan” oleh Khalid
Ibrahim. Peristiwa penemuan kamera yang didakwa disorokkan di sebalik
langsir di dalam bilik menteri besar suatu ketika dulu masih belum
terungkai.
Persoalannya, siapakah yang mempunyai
akses ke bilik menteri besar itu? Apa dan siapa yang terkandung di
dalam kamera berkenaan? Pastinya ada “sesuatu yang di luar kebiasaan”
yang berlaku di dalam bilik berkenaan, sehingga ada pihak yang dapat
menghidu.
Yang pasti, ia tentunya dilakukan oleh
musuh Khalid Ibrahim, dan individu yang bertanggungjawab itu pasti
seseorang yang dipercayai oleh PKR kerana akses mudah ke bilik milik
seorang Menteri Besar. Dan tidak dinafikan, ada kemungkinan ia adalah
hasil kerja “orang dalam”.
Mujur, apa yang terkandung di dalam
kamera itu masih lagi tersimpan rapi dan sehingga kini, Khalid Ibrahim
terselamat dari sebaran foto tertentu.
Menurut makluman dalaman PKR, perang
dingin di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama terjadi,
gara-gara Azmin mengidamkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor. Anwar
sendiri dikhabarkan beberapa kali “naik angin” dengan Khalid, dan lebih
suka sekiranya Azmin berada ditampuk pemerintahan Selangor.
Berikutan
daripada itu, sudah ada, kata-kata nakal yang mengaitkan Khalid Ibrahim
dalam skandal penyebaran foto terbaru Azmin Ali. Ia bersifat balas
dendam, dengan menggunakan method yang pernah cuba dikenakan ke atas
Khalid. Cuma, kali ini, method makan tuan. Itu kata nakal politik.

Apapun, kita tidak boleh biarkan teori
ini begitu sahaja, kerana segalanya mungkin, demi penguasaan total
kepada negeri paling maju dan kaya di Malaysia.
Namun, kini Azmin yang terperangkap. Siapa punya angkara? Diimbas dari
tertangkapnya bekas kekasih Elizabeth Wong, Azmin dilihat gubra dan
senyap buat satu jangkamasa yang lama. Nama Azmin dikaitkan oleh bekas
kekasih Eli Wong sendiri. Jangan lupa, isunya berkenaan dengan
penyebaran foto bogel Eli, dan Eli dikenali sebagai sangat rapat dan
mesra dengan Khalid Ibrahim. Eli terkantoi, Khalid Ibrahim terlepas.
Moral of the story, Selangor dipimpin
oleh pemimpin yang rendah moralnya. Dan jika mandat terus diberikan
kepada mereka pada PRU13 nanti, itu bermaksud pengundi mereka lebih hina
dari binatang, kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..