Jumaat, 4 Mei 2012

Atas Nama Hak Asasi, SUHAKAM Juga Turut Berhimpuan Bersama 'Babi Kuning' Pakatan

    10:00:00 PG   2 comments


Selain Majlis Peguam, satu lagi badan yang sangat cenderung kepada Pakatan Rakyat adalah SUHAKAM. Apa-apa sahaja yang membabitkan Pakatan Rakyat, pastinya akan disokong dan dihujahkan oleh SUHAKAM sebagai hak asasi manusia!

SUHAKAM secara jelas menyalahkan pihak polis berhubung keganasan yang berlaku pada petang hari Sabtu walaupun amat diketahui yang memulakan provokasi adalah dari Pakatan Rakyat sendiri. Dari awal lagi iaitu apabila Menteri Dalam Negeri memberikan keizinan dan syor agar BERSIH 3.0 dibuat di dalam stadium, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah, sebaliknya puak-puak Pakatan tetap juga ingin melaksanakan demonstrasi di jalan-jalanraya di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Kalau sudah jalanraya menjadi lokasi demonstrasi tanpa mahu melibatkan pihak berkuasa, terutama sekali dalam pelanggaran undang-undang yang sangat jelas dilakukan oleh penganjur, sememangnya BERSIH 3.0 diadakan untuk mencetuskan rusuhan.

SUHAKAM sibukkan tentang hak asasi peserta-peserta BERSIH 3.0. SUHAKAM sibukkan tentang wartawan-wartawan yang tidak tahu etika kerja sebenar wartawan tetapi lebih mementingkan pujian pemimpin Pakatan namun pada masa yang sama, SUHAKAM langsung tidak peduli dengan anggota-anggota polis dan wartawan yang telah dicederakan oleh peseta BERSIH 3.0.

APAKAH ANGGOTA POLIS DAN WARTAWAN yang dihentam oleh peserta BERSIH bukan manusia dan tidak ada hak asasi selaku manusia? Bagaimana SUHAKAM boleh menyibuk tentang hak asasi kaum Pakatan tetapi hak orang lainyang menjaga keamanan dan tidak menyokong Pakatan, tidak langsung dipedulikan?

Kalau itulah yang ditegakkan, rasa-rasanya elok kalau SUHAKAM diberikan pejabat di dalam jamban!

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. SUHAKAM HENDAKLAH DI PIMPIN OLEH SEORANG YANG BERSIFAT NEUTREL BUKAN SEPERTI YANG ADA SEKARANG.

    BalasPadam
  2. hak asasi peserta bersih saja yang nampak,hak asasi pasukan keselamatan
    mana.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.