Khamis, 3 Mei 2012

Bersihkan Moral Anwar & Azmin Dahulu Kalau Nak Buat BERSIH 4.0

    2:13:00 PG   No comments


Wak J: Macam mana pemimpin Pakatan Pembangkang boleh berangan nak buat BERSHIT 4.0 pada masa akan datang sekiranya moral Anwar dan kekasihnya Azmin Ali yang terpalit dengan skandal seks masih lagi tak berjaya dibersihkan.
 
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali perlu meletak jawatan dan membubarkan parti kerana kegagalan mereka memberi penjelasan serta tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung isu moral yang dihadapi, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab itu tidak mencerminkan sistem demokrasi di negara ini yang memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan keadilan sekiranya terdapat tohmahan dilemparkan ke atas diri mereka.

"Macam saya dulu pernah dituduh, saya ambil tindakan undang-undang dan buktikan bahawa saya tidak bersalah. Saya saman dan berjaya tunjukkan bahawa saya benar, tetapi sekarang kenapa pemimpin pembangkang berdiam diri? Adakah mereka fikir bahawa berdiam diri adalah satu strategi kononnya rakyat akan lupa dan tidak ambil peduli tentang isu seperti ini.

"Oleh sebab itu suka saya nasihatkan pemimpin PKR jika tidak boleh buat penjelasan atas isu penting, letak jawatan atau bubar sahaja (parti) kerana setiap isu mengenai akhlak yang paling dipandang serius oleh masyarakat tidak terjawab sehingga sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan fotografi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2012 di UiTM di sini, Rabu.

Abdul Rahim yang juga pengerusi Risda berkata demikian ketika mengulas dakwaan skandal seks yang mengaitkan seorang pemimpin parti pembangkang seperti disiarkan beberapa blog semalam. Beliau sebelum ini bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim pernah mendedahkan rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Abdul Rahim berkata rakyat Malaysia pada masa ini sudah maju dan merupakan warganegara yang bukan sahaja patriotik serta demokratik tetapi punyai minda yang inginkan penjelasan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan dari semasa ke semasa.

"Eloklah pemimpin seperti ini undurkan diri kerana mereka tidak berhadapan dengan fakta, bagaimana pemimpin seperti Anwar atau Azmin nak berdiri di depan rakyat, cakap tentang rasuah, bercakap tentang akhlak, moraliti dan nilai sedangkan diri mereka seperti 'ayam berkokok berdegar-degar tetapi belakang penuh tahi'.

"Mereka tiada locus standi untuk berdiri di depan rakyat kerana mereka berdiam diri, ini tidak dapat diterima rakyat," katanya.-BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.