Khamis, 3 Mei 2012

BERSHIT 3.0 Punca Peniaga & Pemilik Premis Perniagaan Tanggung Kerugian Jutaan Ringgit

    10:00:00 PG   No comments


Wak J: Perhimpunan BerSHIT anjuran Pakatan Pembangkang kini sudah memasuki siri ketiga.

Sejak dari  BSERHIT 1.0 hingga BERSHIT 3.0 yang berlangsung baru-baru ini, tak ada satu pun laporan yang mengatakan para peniaga dan pemilik premis perniagaan menyatakan perasaan gembira kerana perniagaan mereka mencatat keuntungan berlipat kali ganda kesan dari demi BERSHIT.

Rugi, tutup pernaiagaan awal dan bermacam lagi keluhan yang dapat kita dengari semasa dan selepas berakhirnya perhimpunan BERSHIT.

Dari mana datangnya keuntungan yang diperolehi para peniaga seperti yang didakwa oleh penyokong Pakatan Pembangkang sekiranya semua premis perniagaan terpaksa ditutup.

Dalam hal ini, amat wajar sekali kiranya pihak penganjur perhimpunan BERSHIT dipersalahkan serta dipertanggungjawabkan di atas segala kerugian yang ditanggung oleh para peniaga dan pemilik premis perniagaan kerana tidak dapat beroperasi sepanjang hari semasa perhimpunan berlangsung.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan disokong pembangkang Sabtu lepas mengakibatkan pusat membeli-belah ternama di sekitar ibu kota mengalami kerugian.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rata-rata premis berkenaan mengalami kerugian antara 30 peratus hingga 50 peratus daripada keuntungan yang biasa diperoleh pada hujung minggu. "(Keuntungan) Sungei Wang Plaza jatuh 30 peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari.

"Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya ditutup," katanya pada sidang akhbar Anugerah dan Persidangan Blogger Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITBCA 2012).

MITBCA 2012 anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama 'Malaysia Social Media Chambers' yang pertama kali diadakan itu akan berlangsung di Hotel Seri Pasific pada 8 dan 9 Mei ini.

Persidangan itu menampilkan pakar-pakar dan penulis blog veteran dari seluruh dunia seperti Ali Watters, David Hogan, Kiruba Shankar dan Sheila Scarborough yang akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran mengenai trend dan perkembangan terkini dalam media sosial.

MITBCA 2012 ini juga diadakan untuk mengenal pasti, mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada penulis blog atas sumbangan cemerlang mereka dalam mempromosi pelancongan melalui media baru.

Sebanyak 16 anugerah akan diberikan mengikut kategori di antaranya ialah gaya hidup, pengembaraan, makanan, muzik dan hiburan.

Ng berharap melalui persidangan ini, gabungan antara pakar-pakar dan penulis blog dari seluruh dunia dapat mendidik pengguna media sosial berkaitan pelancongan dengan lebih baik. -BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.