Khamis, 3 Mei 2012

Selangor Dilanda Musibah, Petanda Kerajaan Pakatan Haram Akan Rebah

    1:00:00 PTG   No comments

 

Selangor banjir lagi. Dosa besar apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan (PKR, PAS dan DAP) sehingga kerap berlakunya banjir kilat di Selangor.

Mungkin disebabkan oleh dosa-dosa korupsi dan rasuah yang dilakukan pemimpin Pakatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri atau,

Berkembangbiaknya rumah urut, rumah persundalan serta pusat judi haram di Selangor yang semakin bermaharajalela tanpa sebarang kawalan malah turut dilindungi oleh pihak tertentu yang memegang kuasa dalam kerajaan negeri.


Yang sohehnya, longkang tersumbat, sampah sarap tidak berkutip menjadi penyebab utama berlakunya banjir di beberapa kawasan sekitar negeri Selangor. Ini membuktikan, kerajaan negeri tidak peduli akan nasib serta musibah yang menimpa rakyat Selangor

Banjir yang berlaku petang semalam merupakan banjir kali kedua bagi kawasan yang sama terutama sekali di kawasan Kajang dalam tempoh masa yang singkat. Nampak sangat kerajaan Pakatan Selangor tidak mengambil sebarang langkah pencegahan semasa berlakunya banjir yang pertama dulu.

Berapa pula agaknya kerugian yang bakal ditanggung oleh Rakyat Selangor kali ini akibat dari banjir kilat yang berpunca dari kegagalan kerajaan negeri Pakatan dalam mentadbir urus negeri.


KUALA LUMPUR - Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lepas banjir kilat akibat hujan lebat telah menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air.

Petikan dari BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.