Selasa, 29 Mei 2012

'Lebuh Raya Rakyat' Sekadar Gurauan Atau Bakal Menjadi Kenyataan

    10:00:00 PG   2 comments


Setelah 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan, baru sekarang Allah membukakan pintu  hati Nik Ajis untuk membina sebuah lebuhraya bertaraf antarabangsa bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Majlis upacara pecah tanah yang disempurnakan oleh 'Bapak Kafir' PAS baru-baru ini, seolah-olah memberi harapan baru kepada seluruh rakyat Kelantan agar dapat merasai nikamat menggunakan lebuh raya yang sempurna dan selesa setelah sekian lama menanti.

Untuk menjadikan pembinaan lebuhraya rakyat ini sebagai realiti, kerajaan PAS Kelantan telah melancarkan satu dana khas, di mana melalui dana tersebut rakyat Kelantan juga turut diberi peluang menyumbang dalam pembinaan lebuhraya rakyat yang tidak diketahui bila tarikh siapanya.

Apa yang pasti, setelah siap sepenuhnya lebuhraya rakyat yang diilhamkan oleh Nik Ajis ini, pengguna kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol kerana segala kos penyelenggaraan lebuhraya rakyat itu nanti akan ditanggung oleh rakyat sendiri. Nama pun lebuhraya rakyat.

Dengan tercetusnya idea pembinaan lebuhraya di Kelantan yang dipanggil sebagai 'Lebuhraya Rakyat' ini, telah berjaya mendiamkan mulut ramai pihak yang selama ini begitu lantang mengkritik kemampuan kerajaan PAS Kelantan dalam membangunkan negeri itu.

Adakah projek lebuhraya rakyat ini hanya gah disebut pada hari perasmiannya  atau terus senyap begitu sahaja selepas ini, seperti mana projek-projek mega yang telah diilhamkan atas nama RAKYAT yang terkandung dalam janji menifesto Pakatan Pembangkang. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Kah kah kah kah.

    Ini bestnya rakyat kelantan.

    Nak bina highway,dah kena derma.Dah siap pun,kena derma.

    Kerajaan BN,buat highway pun,guna duit cukai rakyat.Kelantan,rakyat bayar cukai,tak cukup cukai,kutip derma lagi.LOL! Bravo pok nik.Bravo.

    Jadi,apa kata kita anggap tol kat highway di Malaysia sekarang ni,sebagai derma untuk maintenance jalan.

    Setel terus isu tol kan? LOL!

    Totok pas mesti anggap pok nik terer betul dalam isu ni.LOL!

    Ye lah,pok nik kata,bertepatan dengan ajaran islam,derma untuk bina jalan dan masjid.LOL!

    BalasPadam
  2. cilako punya pas! ini semua taktik nak rembat duit rakyat mcm yg dibuat pada kohilal dan tabung memali!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.