Ahad, 13 Mei 2012

Pembangkang Berjanji Tak Akan Biar Negara Aman, Selagi Najib Tak Umum Tarikh PRU13

    2:43:00 PG   No comments


Wak J: Perhimpunan haram BERSHIT anjuran Pakatan Pembangkang tidak akan berakhir selagi PRU13 belum membuka tirainya.

Momentum untuk meraih simpati serta sokongan rakyat dan juga masyarakat luar perlu dikekalkan.

Aktiviti rusuahan, kekacauan melalui demonstrasi dan tujuk perasaan penyokong Pakatan melawan pihak berkuasa seperti Polis perlu lebih kerap dilakukan.

Oleh itu, Malaysia tidak boleh dibiarkan terus kekal aman, kerana dengan cara ini sahaja Pakatan Pembangkang dapat meneruskan kelangsungan survival politiknya hingga sekarang.

Apa nak jadi selepas ini, sama-sama kita tunggu dan saksikan.



BATU CAVES - Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendakwa pihak pembangkang sudah mengatur beberapa siri perhimpunan besar-besaran dengan beberapa NGO tertentu bertujuan untuk menganggu-gugat kelancaran pilihanraya umum kali ini.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ceramah pada siri jelajah pertama 'Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Di Batu Caves, Gombak, semalam.

Ng yang pernah dinafikan hak bertanding jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR hanya kerana mendedahkan komplot menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu, turut mendedahkan beliau telah mendapat berita tersebut dari sumber dalaman PKR.

Beliau turut mendedahkan pembangkang telah mengatur satu lagi perhimpunan pada bersama Hindraf, bagi mencetuskan ketegangan di antara peserta perhimpunan dengan pihak berkuasa.

"Saya telah mendapat maklumat yang begitu tepat bahawa ada lagi satu lagi perhimpunan akan diadakan khususnya kepada masyarakat India, pada 27 Mei di Jalan Tun Sambanthan jam 2.00 petang.

"Perhimpunan yang diadakan bersama Hindraf ini diadakan bagi mengekalkan momentum serta cuba meraih sokongan masyarakat India yang amat kurang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu," kata Ng.

Beliau yang pernah mendedahkan pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendakwa satu lagi perhimpunan akan diadakan di Johor pada Jun ini, dalam meraih sokongan masyarakat Cina melalui kempen dasar pendidikan.

"Pembangkang akan mengadakan banyak lagi perhimpunan sehinggalah pada pilihanraya umum ke-13 kelak," kata Ng.

Beliau bagaimanapun menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa masyarakat Cina telah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu.

"Saya hendak jelaskan di sini bahawa mereka (masyarakat Cina) berhimpun pada 28 April lalu bukan kerana BERSIH 3.0, namun sebenarnya meluahkan kegusaran dan membantah projek Lynas di Kuantan.

"Mereka telah bersurai pada jam 2.00 petang dan tidak ada orang Cina yang menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka. Ia satu pembohongan apabila cuba mengaitkan mereka ini turut menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka" kata Ng.

Beliau turut mendedahkan penganjur Lynas telah mengakui perhimpunan yang diadakan pada 28 April lalu telah dibayangi dan dirampas oleh pemimpin Pakatan Rakyat melalui BERSIH 3.0. 

Ng Lum Yong turut mendakwa kebanyakan peserta yang berkumpul pada perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini terdiri daripada warganegara Myanmar dan Indonesia yang menurut beliau telah dibayar diantara RM100 sehingga RM200 setiap seorang.

SUMBER KL POS

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.