Isnin, 14 Mei 2012

Tanah Kubur Sudah, Kuil Pun Sudah, Tinggal Maruah Diri Penduduk Ijok Belum Digadai Lagi

    11:51:00 PTG   No comments


Malang sungguh nasib penduduk Ijok apabila terus disisih serta dianggap sebagai anak tiri oleh wakil rakyat yang dipilihnya sendiri.

Yang menjadi wakil rakyat kepada penduduk Ijok ini pula bukan calang-calang punya orang, berjawatan Menteri Besar lagi.

Sepatutnya jika berwakil rakyatkan seorang Menteri Besar nasib penduduk Ijok lebih baik berbanding dengan nasib penduduk di kawasan lain, tapi apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya.

Inilah akibat yang terpaksa ditelan bulat-bulat oleh penduduk Ijok kerana memilih Pakatan yang diwakili PKR, DAP dan PAS sebagai pentadbir negeri.

Habis semuanya tergadai dan terjual cuma yang tinggal hanyalah maruah diri penduduk Ijok yang masih belum dinodai oleh Menteri Besar Pakatan Selangor, Khalid Gagap.

Kiranya nasib buruk yang dialami penduduk Ijok ini lebih baik sedikit dari nasib malang yang menimpa penduduk kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Kegagalan kerajaan Pakatan mentadbir urus negeri dengan baik, telah memendekan lagi hayat gabungan tiga parti itu memerintah di Selangor. Silap-silap haribulan PRU13 akan datang Pakatan akan kalah teruk.

Rakyat Selangor kini sudah semakin bosan dengan karenah pemimpin Pakatan yang sering berdolak dalik apabila rakyat bangkit menuntut segala janji yang pernah ditaburkan sebelum ini agar ditunaikan.

Beranikah Khalid Gagap bertanding sekali lagi di kawasan Ijok untuk mendepani perasaan marah rakyat yang sedang meluap-luap terhadap Pakatan dan juga dirinya.

Semoga apa yang berlaku ini memberi pengajaran berguna kepada penduduk Ijok agar jangan seskali atau gatal tangan memangkah Pakatan pada PRU13 akan datang, jika tidak ingin menerima nasib malang sama seperti yang berlaku hari ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.