Keghairahan PKR menyelongkar isu NFCorp melalui pengarah strateginya, telah menyebabkan kredibeliti sebuah bank terkenal dalam negara ini dipersoal oleh semua pelanggan yang menggunakan pekhidmatan di bank itu.
Semua yang berlaku ini berpunca dari perbuatan pecah amanah yang dilakukan oleh pegawai bank yang berkerja ditempat tersebut kerana membocorkan maklumat sulit pelangganya kepada umum tanpa mendapat sebarang arahan atau perintah daripada pihak yang berautoriti.
Perbuatan mendedahkan maklumat sulit pelanggan bank kepada umum yang didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini bukanlah perkara kecil atau remeh yang boleh dibuat main-main. Sebarang pelanggaran akta atau etika kerja yang telah ditetapkan untuk seseorang pegawai bank, boleh dikenakan tindakan hukuman yang berat.
Walau sesuci mana sekalipun niat mereka berdua merancang dan mendedahkan segala maklumat sulit yang dilindungi di bawah akta BAFIA ini, jelas sekali perbuatan tersebut telah menyalahi undang-undang. Pihak bank perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawainya yang didapati bersalah kerana pecah amanah.
Pihak Bank Negara perlu mengambil serius akan hal ini. Bank Negara juga perlu menjalankan siasatan terhadap Rafizi Ramli di atas tuduhan liar lagi jahat, kerana mendakwa akta BAFIA yang diwujudkan itu, bertujuan untuk melindungi penyagak, pencuri dan perasuah.
Semoga apa yang berlaku ini menjadi pedoman serta ingatan kepada suluruh pegawai bank. Pendedahan maklumat sulit pelanggan kepada umum tanpa kebenaran khas seperti arahan mahkamah, sama sekali tidak boleh diterima. Bank Negara perlu menangani isu in dengan cermat. Sebarang kelalaian yang berlaku pasti akan mengundang persepsi buruk pelabur asing luar negara terhadap kualiti serta jaminan keselamatan bank-bank di Malaysia.
Kepada pegawai bank yang ada, dingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu terutama sekali dari Pakatan Pembangkang yang meminta anda mendedahkan maklumat sulit pemimpin tertentu yang mereka tidak sukai. Jika didapati bersalah kerana pecah amanah, nascaya hidup anda dan seulurh ahli kelurga akan gelap selama-lamanya.
Baca juga di Ocean 13
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..