Selasa, 22 Mei 2012

Undi BN Dapat Air Bersih, Undi Pakatan Dapat Air Lombong. Yang Mana Satu Rakyat Selangor Pilih?

    12:04:00 PG   No comments


Seperti mana yang dijangka banyak pihak, negeri Selangor bakal menghadapi krisis air yang sangat kronik pada tahun 2014.

Namun, krisis air yang bakal malanda itu nanti, boleh ditangani dengan mudah dan berkesan sekiranya rakyat Selangor sanggup melakukan sedikit perubahan.

Perubahan yang dimaksudkan ialah dengan menukar kerajaan negeri sedia ada di bawah Pakatan kepada kerajaan BN pada PRU13 akan datang.

Barisan Nasional Selangor, kini sudah bersiap sedia untuk menyambung semula kerja-kerja pembinaan Logi Rawatan Air Langat 2 yang sebelum ini dihentikan pembinaanya oleh kerajaan negeri Pakatan.

Sekarang, terpulang kepada rakyat Selangor untuk membuat pilihan, samada ingin menikmati sumber air bersih yang dijamin kualitinya atau dipaksa minum atau menggunakan air lombong seperti mana yang dicadangkan kerajaan negeri Pakatan bagi meneruskan rutin kehidupan seharian untuk tempoh lima tahun lagi.

Melalui komitmen tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri selaku Pengurusi BN Selangor, rasanya sudah cukup untuk membantu rakyat di Selangor membuat keputusan yang tepat siapa yang layak dan bersungguh-sungguh ingin membela nasib rakyat.

Tepuk dada, tanya selera..


 
SHAH ALAM: Isu kekurangan rizab air di Selangor akan selesai jika Barisan Nasional (BN) menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Koordinator BN Selangor Datuk seri Mohd Zin Mohamed.

Ini kerana katanya BN akan menyambung semula Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebelum ini sudah dijalankan kerajaan BN.

"Kerajaan Selangor yang diteraju pembangkang menolak projek ini kerana ia usaha kerajaan BN sebelum ini, jadi mereka tidak mahu kita (BN) mendapat kelebihan," katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Mohd Zin berkata rancangan kerajaan negeri untuk menggunakan air lombong jika rizab air tersebut habis juga tidak munasabah kerana kos merawat air lombong adalah tinggi.

"Kadar rizab air hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus. Berdasarkan kajian, Lembah Klang akan mengalami krisis air serius pada 2014," katanya menambah isu itu juga menyebabkan Selangor kehilangan pelaburan bernilai RM3.8 bilion membabitkan 129 kilang yang menawarkan 12,300 pekerjaan.

Mengenai Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN yang dirasmikan Perdana Menteri pada 10 Mei lepas, Mohd Zin berkata sebanyak 1,306 panggilan telah diterima dan daripada jumlah itu 72 peratus aduan sudah diselesaikan.

"...sebanyak 28 peratus lagi masih di peringkat siasatan di mana tiga kawawan parlimen yang mencatatkan aduan tertinggi ialah Kota Raja, Kapar dan Shah Alam," katanya. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.