MASA inilah yang paling sesuai, penulis tak nampak masa bila lagi yang boleh.
Sebab dan alasannya mudah, kalau tak
kerana pindaan perlembagaan 1993 yang dibuat Tun Mahathir Mohammad, yang
menarik balik imuniti raja dari sebarang pendakwaan jenayah, nescaya
kita semua tak tahu apa nasib Nizar hari ini.
Pada budak-budak yang tak tahu, penulis
nak maklum disini, dulu raja-raja ada imuniti (selain kelebihan lain)
yang menghalang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka,
walaupun yang melibatkan jenayah berat.
Bagaimanapun, pindaan perlembagaan 1993
menyaksikan imuniti ini ditarik balik tapi pendakwaan yang akan dibuat
(kalau ada kesalahan), hanya boleh dilakukan di Mahkamah Khas
dengan kebenaran Peguam Negara.
Lebih lanjut boleh periksa sendiri tapi
isi pentingnya disini, raja-raja dulu ada imuniti yang kemudian di tarik
balik oleh kerajaan Tun Mahathir. Pendek kata, dengan pindaan
tersebut, raja tidak lagi kebal dari undang-undang – tidak seperti
dulu.
Tak perlu penulis jelaskan apa yang boleh
berlaku kalau imuniti itu masih ada, takut-takut ditafsir perkara
bukan-bukan yang keluar dari tajuk perbincangan. Tak pasal-pasal nanti
penulis pulak yang dituduh menderhaka.
Yang penting untuk semua orang tahu,
institusi beraja di negara ini bukan perkara yang boleh dibuat
main-main. Tak perlu dipersoalkan kenapa, sebab ini adat berketua yang
terpakai hampir dimana-mana sahaja. Kalau Thailand jadi contoh, Nizar
harus dah masuk penjara sekarang, paling koman 2 tahun.
Penyokong PAS umpamanya, tidak perlu
diberi penerangan kenapa Nik Aziz perlu dihormati, sedikit bawah dari
Tuhan. Itu ada berketua dalam PAS, buruk baik keluar dari mulut Nik
Aziz perlu disokong, tak kira apa pun.
Kalau nak kritik sangat, perlulah dengan bahasa yang baik-baik dan berlapis-lapis.
Dalam soal bercakap tentang institusi
beraja ini pun sama juga. Dulu cina, india, iban dan siapa-siapa pun di
negara ini tak pernah persoal hal ini pun, sekarang ini saja kelompok
ini semakin ramai, macamlah kalau dibuang negeri ke England, mereka
tidak perlu hormat Ratu di sana. Masih kena hormat juga sebab itu
peraturannya.
Tapi yang itu mereka boleh terima, yang
disini sengaja nak diusiknya, menggunakan melayu sesat dan berdendam
dengan institusi beraja macam si Nizar inilah.
Konon atas nama kebebasan bersuara, tapi
kalau kita persoal Nik Aziz, hilang entah mana alasan kebebasan bersuara
yang dibangga-banggakan sangat tu. Sebaliknya yang dapat ialah
kutukan, makian dan selang seli ayat al-Quran kenapa Nik Aziz tidak
boleh dikritik.
Kan bahalol namanya tu.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..