Rabu, 4 Julai 2012

Bapa Saiful Rayu Peguam Negara Segera Failkan Petisyen Rayuan Agar Kes Liwat Anwar Disambung Semula

    1:16:00 PTG   No comments


Baru-baru ini Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan keputusan penghakiman penuh berhubung kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Di bawah ini adalah kenyataan media bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim yang menyeru agar pihak peguam negara dan barisan pendakwaraya dapat memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh kurang 10 hari mulai dari sekarang.

Diharap pihak peguam negara dapat memfailkan petisyen tersebut dengan kadar segera supaya kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim dapat di sambung semula di peringkat yang seterusnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

1. Saya difahamkan melalui berita bahawa Alasan Penghakiman Penuh kes anak saya telah di keluarkan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi.

2.Sehingga kini, saya dan keluarga belum dapat membacanya, justeru kami tidak dapat mengulas mengenainya.

3. Walaupun beberapa bulan (6bulan) menanti ia dikeluarkan, namun saya dan keluarga menyambut baik dengan perkembangan terbaru ini.

4. Namun, apa yang penting bagi saya dan keluarga adalah agar Yang Berbahagia Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam memfailkan Petisyen Rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi.

5. Saya percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

6. Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Yang Berbahagia Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan  satu petisyen rayuan yang terbaik.

7. Apapun saya berharap, Yang Berbahagia Peguam Negara tidak akan mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisen rayuan tersebut difailkan.


AZLAN MOHD LAZIM

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.