Rabu, 11 Julai 2012

Bukan Setakat Wan Azizah, Malah Seluruh Ahli Keluarganya Pun Boleh Bertanding PRU

    4:17:00 PTG   No comments


PKR adalah parti untuk keluarga, apa ada hal. Diharap tiada sesiapa pun berani menghalang ahli keluarga Anwar bertanding dalam pilihanraya.

PUTRAJAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada halangan bagi Wan Azizah untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN.

"Tiada masalah. Beliau boleh bertanding kerana dia hanya letak jawatan di kerusi Parlimen.

"Namun kalau beliau nak kembali bertanding di Parlimen, itu akan jadi masalah. Selepas meletak jawatan di Parlimen, beliau tidak boleh bertanding semula di kerusi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi proses pengundian dan susun atur dalam bilik mengundi kepada media di sini, Rabu.

Pada Selasa, Wan Azizah memberitahu beliau akan mempertimbangkan secara serius kemungkinan untuk bertanding di kerusi DUN pada PRU-13.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas di mana kawasan yang akan ditandinginya nanti.

Wan Azizah meletak jawatan selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, empat tahun lalu.

SUMBER MSTAR

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.