Keberanian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tampil dalam memberi penjelasan berhubung isu hutang Talam di sidang DUN amat dinanti-nanti oleh rakyat Selangor.
Oleh kerana isu hutang Talam ini ada melibatkan kepentingan rakyat, maka wajarlah ia diperjelaskan kepada umum secara terperinci.
Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa Menteri Besar Selangor seakan ingin mengelak perkara ini dari dibentangkan di dalam sidang DUN?
Rakyat tertanya-tanya, apakah muslihat atau perkara penting yang cuba diselindung kerajaan Pakatan Selangor berhubung isu Talam ini?.
Menteri Besar perlu segera tampil memberi penjelasan untuk menguraikan segala kekalutan yang timbul seperti mana yang telah disarankan oleh Speaker DUN.
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri wajar mengambil peluang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor kali ini bagi memberi penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan membabitkan isu hutang Talam Corporation Bhd.
Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh menjelaskan mengenai dakwaan tersebut pada sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 nanti.
“Saya percaya apabila beliau (Abdul Khalid) gulung, itu adalah masa terbaik. Saya juga percaya isu ini akan dibangkitkan oleh ahli dewan ketika perbahasan.
“Pastinya sesuatu yang mengejutkan nanti jika tak ada siapa bangkitkan,” katanya pada sidang media, semalam.
Minggu lalu, Abdul Khalid memberitahu media bahawa Kerajaan Negeri akan membentangkan kertas putih dalam Belanjawan 2013 berhubung isu penyusunan semula hutang Talam.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MCA yang mendakwa penyelewengan wang lebih RM1 bilion oleh Talam.
Bagaimanapun semalam, beliau mengeluarkan kenyataan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai dakwaan penyelewengan RM1 bilion sehingga MCA menjelaskan dari mana datangnya jumlah tersebut.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..