Selasa, 31 Julai 2012

Jantan Dayus PAS Boikot Tak Mahu Beli Dan Pakai Tudung Dari Al-Humaira

    1:47:00 PTG   No comments

Sejak berita kontrak tudung Abby bersama Al-Humaira Contemporary dibatalkan, berbondong-bondong sokongan dari jantan PAS diterima Abby sebagai tanda simpati di atas nasib malang yang menimpa batang tubuh pelakon itu sejak dia menyertai PAS.

Di laman sosial seperti Facebook sekarang ini sedang giat dilakukan kerja-kerja kempen memboikot produk keluaran Al-Humaira Contemporary oleh penyokong PAS sebagai tanda bantahan mereka terhadap pembatalan kontrak yang pernah ditandatangani Abby sebelum ini.

Sikit-sikit mahu boikot.

Tindakan pramatang yang dilakukan oleh penyokong PAS ini, terutama dari kaum lelakinya seolah-olah seperti dia orang ini yang menjadi pembeli setia dan memakai tudung tersebut. Pada hal, golongan muslimahnya tidak ambil kisah akan perkara ini.

Pembatalan kontrak Abby sebagai duta tudung di Al-Humaira Contemporary adalah disebabkan oleh dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang bekepentingan. Dan tidak timbul soal ada orang yang dengki serta senghaja menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Adalah tidak adil Abby mengaitkan pembatalan kontraknya itu kerana dia menyertai Pakatan.

Di dalam bidang perniagaan tidak ada satu pun syarikat yang berasaskan keuntungan sanggup menanggung risiko kerugian  dalam perniagaan mereka akibat dari tindakan kurang bijak segelintir pekerja atau duta produk yang dilantik.

Pembatalan kontrak tersebut adalah tepat dan wajar. Ia sebagai langkah awal sebelum ia boleh mendatangkan kerugian yang lebih besar. Jika hendak berjaya dalam bidang perniagaan, jangan campur adukan politik di dalamnya, kerana yang membeli produk kita itu nanti bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Dalam kes ini, sekiranya Abby bijak mengawal tingkah laku dan pertuturanya, sudah tentu perkara sebegini tidak akan berlaku. Tidak salah jika ada artis ingin menyertai parti politik, tapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu 'over'. Sebelum berbuat sesuatu seharusnya Abby memikirkan terlebih dahulu kesan dan akibat dari tindakan yang diambil terhadap diri sendiri dan juga orang lain.

Seperti yang sering disebut oleh penyokong PAS, bahawa rezeki Allah berada di mana-mana, itu memang betul. Tetapi bila satu pintu rezeki yang Allah buka untuk kita ditutup di sebabkan perbuatan diri sendiri, sudah tentu akan memberi kesan terhadap pintu-pintu rezeki yang lain.

Sebagai contoh, Abby dibatalkan kontrakya sebagai duta kerana pengusaha butik tudung tidak mahu menanggung kerugian. Kemudian cerita ini disensasikan di media massa, sudah tentu ia akan membuatkan pengusaha butik tudung lain berfikir banyak kali sebelum mengambil Abby sebagai duta produk mereka kerana memikirkan risiko kerugian yang bakal ditanggung kelak.

Semoga para artis di luar sana dapat mengambil iktibar dari perkara yang berlaku ini. Jangan jadi seperti Abby, kerana ghairah mengejar populariti dalam dunia politik, rezeki yang berada dalam genggaman pun boleh terlepas. Kita hidup nak cari makan, bukanya nak cari pasal. Sampai bila Abby nak sara hidupnya dengan berceramah di pentas politik, PRU bukanya sebulan sekali.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.