Langit tidak selalunya cerah. Itulah nasib malang yang menimpa ke atas batang tubuh Halimah Mohd Saat apabila dihalau dari rumah oleh suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.
Hasil perkahwinan mereka dua, keluarganya telah dikurniakan enam orang anak, seoarang menantu dan juga seorang cucu dan hidup bahagia sebelum hadirnya orang ketiga.
Namun, segala-galanya berubah selepas suaminya bergelar Yang Berhormat apabila menang dalam pertandingan Pilihanraya Umum ke 12 untuk kerusi Kuala Lanagt atas tiket PKR.
Apabila sudah bergelar YB, maka selera pun kenalah seiring dengan 'title' yang dimiliki sekarang. Sikap suaminya mula berubah apabila muncul orang ketiga dalam hidup mereka.
Selain dari penderaan mental yang dilakukan oleh suami, hidup Halimah juga diganggu oleh madunya. Halimah dipaksa oleh madunya supaya menerima hakikat bahawa hidupnya kini kena berkongsi suami.
Semenjak suaminya berkahwin lain, hidup Halimah jadi tidak menentu dan tiada pembelaan terhadap nasib malang yang sedang membelenggunya.
Menurut sumber, punca porak perandanya keluarga Halimah ini secara langsungnya ada melibatkan seorang MP wanita yang mewaklil Parlimen Ampang.
Menurutnya sumber itu lagi, MP Ampang inilah yang mengatur segala-galanya sehingga pasangan 'Yang Berhormat' dan wanita ketiga yang berkeja sebagai 'Mak Andam' itu menikah di Thailand.
Inilah dugaan paling besar yang perlu ditempuhi oleh para isteri kepada suami yang bergelar YB. Nak-nak lagi usia sudah menjangkau separuh abad. Dengan kedudukan yang ada sekarang sudah tentu tidak menjadi penghalang kepada YB-YB ini untuk membuka 'cawangan' baru setelah cawangan lama kekeringan air.
Untuk kisah yang lebih mendalam berhubung dengan isu kerutuhan rumahtangga ahli Parlimen Kuala Langat ini, anda boleh rujuk di sini dan juga sini
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..