Rabu, 1 Ogos 2012

Senjata Makan Tuan, Rafizi Bakal Ke Penjara Tidak Lama Lagi

    3:07:00 PTG   No comments

Perinsip matlamat menghalalkan cara yang sering kali menjadi amalan Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan pihak lawan, akhirnya mula memakan diri.

Penangkapan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR atas dakwaan melanggar akta BAFIA kerana membocorkan maklumat sulit pelanggan bank kepada umum, menjadi bukti bahawa perbuatan pecah amanah yang dilakukanya itu tidak boleh diterima sama sekali.

Tidak kira apa tujuan atau niatnya suci macam mana sekalipun, perbuatan Rafizi membocorkan maklumat yang dilindungi di bawah akta BAFIA itu tanpa kebenaran pihak mahkamah, tetap menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan dengan hukuman yang sangat berat sekiranya didapati bersalah.

Sebagai seorang akauntan, sudah tentu Rafizi amat arif dan faham lebih dari orang biasa berkenaan akta BAFIA ini. Yang menjadi persoalan di sini, atas dorongan siapa atau berapa ganjaran yang diterima Rafizi, sehinggakan dia sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti pecah amanah ini.

Segala bukti seperti laporan penyata bank yang sering dijaja Rafizi dalam usahanya untuk membongkar penyelewangan yang didakwa oleh PKR berlaku dalam NFC Corp akhirnya menjadi senjata makan tuan apabila bahan bukti tersebut akan digunakan kembali sebagai bukti utama untuk mendakwa Rafizi bersama seorang lagi pengawai bank kerana terlibat dalam kes jenayah pecah amanah.

Diminta juga agar pihak SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap kes ini kerana ia melibatkan 2 pihak iaitu bank dan Rafizi. Tidak mustahil terdapat unsur-unsur rasuah semasa maklumat sulit ini berpindah tangan. Tidak logik sekiranya pegawai bank itu hanya menurut perintah Rafizi ketika mencetak maklumat sulit akaun bank seperti orang kena pukau tanpa sebarang 'jaminan' untuk masa depan keluarga dan anak-anak apabila tertangkap dan meringkuk dalam penjara kelak.

Macam mana PKR boleh melantik Rafizi menjadi pengarah strategik parti keluarga itu sedangkan setiap kali pendedahan yang dibuat kononya untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan setiasa menemui kegagalan dan akhirnya diri sendiri tersepit dan tidak dipedulikan.

Tidak dinafikan bahawa PKR memang hebat mencipta isu, mereka fitnah serta bijak memabangkitkan sentimen rakyat. Oleh kerana kurangnya pengalaman, kegelojohan sikap serta kebodohan setiap pemimpin yang berada dalam PKR, menyebabkan segala 'master plan' yang telah dirancang untuk menumbangkan BN menemui kegagalan apabila sampai di pertengahan jalan.

Peluang Rafizi untuk bertanding menjadi calon dalm PRU13 nanti nampaknya semakin kelam. Sekiranya didapati bersalah (mudah-mudahan) kerana terbabit dalam jenayah kes pecah amanah, maka gelap dan hancur masa depan dan karier politiknya pada usia yang sangat muda.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.