Jumaat, 6 Julai 2012

'Tukang Karut' Pas Sudah Bersuara, Khidmat Anwar Dalam Pakatan Masih Diperlukan

    10:57:00 PG   No comments

Apabila Nik Ajis sudah menyuarakan pendapatnya agar Anwar jangan bersara dari kancah politik tanah air, ini bermakna gesaan tersebut mewakili  pendirian parti Pas biar pun Hadi Awang adalah Presiden Pas yang sebenar.

Melalui gesaan yang disuarakan oleh Mursidul Am Pas ini, menunjukkan kepada kita bahawa Pas sangat memerlukan Anwar bagi menentukan hala tuju parti itu kerana sejak akhir-akhir ini, apa jua keputusan yang dibuat oleh Pas dalam Pakatan banyak dipengaruhi oleh pemimpin parti Keadilan itu.

Dalam hal ini, Nik Ajis seperti sudah tahu apa peranan yang perlu dia mainkan apabila Anwar melontarkan hasratnya ingin bersara dari politik jika Pakatan kalah lagi pada PRU13 akan datang.

Apa yang menghairankan, kenapa tiada pimpimpin Pas lain termasuk Dewan Ulamaknya membuat gesaan yang sama agar Anwar menarik balik hasratnya untuk bersara. Kepimpinan DAP setakat ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.Yang nampak lebih sudu dari kuah cuma Nik Ajis seoarang sahaja.

Rata-rata, akar umbi Pas sangat berharap agar Anwar bersara, kerana mereka tidak sanggup lagi menanggung biawak hidup yang mempunyai masalah moral sangat teruk. Oleh kerana tiada pilihan dan takut dicop derhaka terhadap tok guru, maka terpaksa menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Nik Ajis.

Kesimpulanya, gesaan yang dibuat oleh Nik Ajis terhadap Anwar agar jangan bersara, cuma taktik lapuk yang selalu diguna oleh ahli politik bagi tujuan merayu simpati apabila melihat masa depan parti atau karier politiknya semakin kelam selaian untuk menaikkan semula semangat ahli parti yang kian luntur apabila melihat seteru politiknya semakin kuat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.