Khamis, 5 Julai 2012

Pendedahan Terbaru Skandal Talam Buat Khalid Gagap Fikir 2 Kali Sebelum Ingin Saman MCA

    11:31:00 PTG   No comments


Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pendedahan dari Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai skandal RM 1 bilion melibatkan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Selama ini Khalid dan Faekah sering mendabik dada kononnya berjaya mengutip hutang dari Talam.Rupanya itu semua palsu. Cubaan untuk mengelirukan orang ramai dan anggota pentadbirannya.

Talam telah berhutang sebanyak RM 392 juta dengan tiga pihak
  1. UNISEL
  2. PNSB (GLC induk kepada KHSB)
  3. SAP Holdings Berhad
Tanah-tanah milik Talam telah diambil alih oleh Kerajaan Selangor dan diletakkan dibawah MBI. Untuk pengetahuan anda , rancangan untuk mengambil alih tanah-tanah Talam telah mula digerakkan di zaman BN dan orang yang bertanggungjawab menguruskannya ketika itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli.

Tanah-tanah yang diambil alih oleh kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim pada tahun 2009 diletakkan dibawah Perbadanan Menteri Besar Selangor, dimana MB berkuasa penuh ke atas MBI. Apabila itu dilakukan bermakna hutang Talam kepada tiga pihak diatas ketika itu telah ditanggung oleh MBI. Talam telah dikira membayar hutang mereka kerana telah menyerahkan tanah milik mereka kepada MBI.

Ketika itu MBI tidak menjual tanah-tanah yang diambil alih dari Talam bagi membayar hutang kepada 3 pihak berkenaan. Sebaliknya MB meminta peruntukan RM 392 juta dari kerajaan negeri pada satu sidang Dun tahun 2009 untuk MBI bagi membolehkan mereka membayar hutang kepada tiga pihak berkenaan. Dun Selangor telah meluluskan peruntukkan tersebut.

Apa yang mengejutkan , walaupun pada tahun 2009 lagi DUN Selangor telah meluluskan peruntukkan bagi membolehkan MBI membayar hutang kepada 3 pihak berkenaan, namun sehingga ke hari ini difahamkan mereka tidak membayarnya. Ini kerana dalam berdasarkan laporan kewangan tahunan pada 30 Mac 2012, Kumpulan Hartanah Selangor Bhd. (KHSB) menjelaskan kerajaan PKR Selangor masih berhutang sebanyak RM115 juta kepada mereka.

Manakala UNISEL pula menghadapi masalah kewangan sehinggakan hendak gadaikan tanah mereka bagi menampung kos pengajian pelajar mereka sewaktu krisis PTPTN baru-baru ini. Jika UNISEL mempunyai wang yang dibayar oleh MBI sudah tentu mereka akan menggunakan wang itu tanpa perlu menggadaikan tanah.

Selepas peruntukkan telah diluluskan DUN Selangor, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pembelian tanah-tanah talam dengan harga RM 676 juta.

RM 392 juta yang diluluskan Dun Selangor dicampur dengan RM 676 juta penjualan tanah Talam. Keseluruhannya RM 1068 juta atau RM 1.68 bilion.

Kemana wang ini hilang ?

Kenapa tidak membayar hutang 3 pihak berkenaan ?

Selepas MCA mendedahkan perkara ini pada petang hari yang sama Khalid Ibrahim membut kenyatan di Subang yang mana beliau berjanji akan memberikan jawapan balas terhadap kenyataan MCA  selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) keesokan harinya (Rabu).

Namun pada hari Rabu lain pula jadinya. Apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. Tiba-tiba Khalid Ibrahim berkata beliau enggan mengulas mengenai perkara tersebut kerana hendak membawa kes itu ke mahkamah.

Tidak sampai 24 jam keberanian Khalid Ibrahim bertukar menjadi pengecut. Apa sudah jadi dan kenapa takut sangat ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.