Khamis, 5 Julai 2012

Pakatan Haram Selangor Sedang Menuju Zaman Kehancuran

    6:04:00 PTG   No comments

Lepas satu, satu lagi masalah timbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Tak selesai lagi isu surat sokongan yang melibatkan Setiausaha politik kepada Menteri Besar, timbul pula bala yang baru.

Sekarang ini di Selangor sedang heboh dengan isu skandal hutang Talam Corp. Kesan dari pendedahan yang dibuat, telah menyebabkan kerajaan Pakatan Selangor terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi menutup mulut terhadap sesiapa sahaja yang membongkar atau menyebarkan isu ini.

Rasanya tak salah kalau dikata, bahawa kerajaan Pakatan Selangor yang diawakili oleh DAP, PKR dan PAS hari ini sedang menuju zaman kehancuranya dek kerana perebutan kuasa, penyelewengan dan rasuah serta salah guna kuasa tanpa kawalan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Rakyat melihat situasi tegang yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor sekarang sebagai satu perkembangan yang tidak sihat yang mana jika ia tidak dikawal dan diselesaikan dengan segera dikhuatiri kesanya akan ditanggung oleh rakyat sendiri.

Kini Pakatan Rakyat di Selangor sudah terbahagi kepada dua fraksi, antara Azmin Ali yang disokong sebilangan pemimpin Pas dan Khalid Ibrahim yang disokong oleh pemimpin DAP. Jika dahulu puak-puak ini bergerak secara senyap untuk menjatuhkan antara satu sama lain, tapi sekarang tidak lagi.

Pembunuhan kerektor pemimpin dalam Pakatan Selangor dilakukan secara terang terangan dan kemuncak kepada kemulut yang berlaku ini meletus apabila skandal seks oral yang melibatkan seorang lelaki mirip Azmin Ali bersama pasanganya di dalam tandas didedahkan, kemudian disusuli pula isu surat sokongan dan rakaman cctv yang dipasang di pejabat Menteri Besar.

Sejak dari itulah, Pakatan Selangor sudah mula goyang dan hanya menanti masa sahaja untuk rebah. Segala macam masalah seperti penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang disembunyikan selama ini sudah mula timbul satu per satu naik ke permukaan bagi menunjukkan bertapa korupnya Pakatan Rakyat di Selangor.

Pergolakkan yang berlaku di Selangor sekarang sudah tentu memberi sedikit udara kepada BN selaku pembangkang di Selangor untuk bernafas dan seterusnya menambahkan lagi luka parah yang sedang dialami oleh Pakatan Rakyat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.