Selasa, 28 Ogos 2012

Agama Dan Politik Boleh Dipisahkan Bila...

    10:00:00 PG   No comments

Umat Islam termasuk di Mesir bertelagah sesama sendiri akibat berbeza fahaman politik.

Hubungan antara agama dan politik sering menjadi polemik. Ia bukan saja masalah setempat, tetapi global. Ada yang mempersoal hubungan dua perkara ini dan ada juga yang tidak menafikan hubung kait antaranya. Persoalan berkaitannya timbul, antara lain kerana penerapan dan promosi fahaman bahawa agama dan negara adalah dua perkara yang terpisah (atau dipisahkan).

Oleh itu, secara umum, boleh dikatakan persoalan hubungan kedua-duanya ini lahir berikutan pemasyhuran idea sekularisme. Ia adalah fahaman yang mahu dijadikan budaya atau tamadun antarabangsa. Dalam fahaman sekular, agama dirujuk berasal daripada tuhan dan politik dikatakan berasal daripada manusia . Justeru, fahaman sekular ini menyifatkan hubungan antara kedua-duanya sebagai bertentangan atau berlawanan.

Agama tidak menegah seseorang mencari kekuasaan politik yang disertai dengan kebenaran. Hanya kekuasaan yang terpisah daripada kebenaran yang ditegah. Memisahkan kekuasaan daripada kebenaran amat berbahaya – bukan sahaja kepada pihak terbabit, terutamanya kaum minoriti, tetapi ia juga merbahaya kepada pemilik kekuasaan itu sendiri.

Kita tidak boleh memandang pendekatan sebegini dengan sebelah mata. Akibatnya, kita sukar mencari penyelesaian dalam pelbagai aspek pentadbiran negara yang disandarkan kepada amalan politik yang perlu didasarkan kepada agama. Agama harus menjadi alat dan matlamat politik. Maksud ‘alat’ bukanlah menjadi bahan untuk ‘diperalat’ tetapi mekanisme untuk mencapai ‘matlamat’ politik yang disertai kebenaran.

Agama tidak menegah seseorang mencari kekuasaan politik yang disertai dengan kebenaran. Hanya kekuasaan yang terpisah daripada kebenaran yang ditegah. Memisahkan kekuasaan daripada kebenaran amat berbahaya – bukan sahaja kepada pihak terbabit, terutamanya kaum minoriti, tetapi ia juga merbahaya kepada pemilik kekuasaan itu sendiri.

Tidak semua politik tujuannya bercanggah dengan kehendak atau ajaran agama. Selagi politik tidak bertentangan dengan tujuan dan kehendak agama, maka politik itu sesuatu yang baik dan selaras dengan tuntutan agama. Selagi politik tidak kejam dan berada pada landasan akhlak mulia, ia sebahagian daripada ibadah. Islam adalah agama komprehensif iaitu merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk berkaitan kekuasaan atau politik. Oleh itu fahaman yang membezakan dan memisahkan agama dan politik adalah bercanggah dengan sifat syumul Islam.

Sebagai agama komprehensif dan sejagat, Islam tidak memisahkan antara agama dan politik. Dalam apa juga aspek kehidupan dan pergaulan, peranan agama tidak boleh diketepikan. Tiada dikotomi antara kedua-duanya, bahkan politik adalah sebahagian daripadanya. Oleh itu, sebagai agama komprehensif, Islam boleh berdiri sendiri sebagai mekanisme politik, menghuraikan pendekatan atau strategi politik untuk mencapai matlamat agama dan kebenaran.

Kita juga harus mengambil perhatian bagi menghasilkan sistem kehidupan utuh, agama tidak boleh dipisahkan. Secara fitrahnya manusia mempunyai naluri agama yang tidak terasing. Manusia mempunyai jiwa dan raga; ada kehendak spiritual dan material. Kedua-dua, ‘jiwa’ dan ‘raga’ serta spiritual dan material, tidak boleh dipisahkan.

Sebagai negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama negara, sudah pasti agama itu mempunyai peranannya sendiri dalam politik Malaysia. Kita juga tidak boleh menolak fakta sejarah agama antara faktor utama dalam pembentukan dan pengoperasian parti politik serta strategi politik tanah air. Ini sepadan dengan hujah penulis Samuel Huntington (terkenal dengan tulisannya Clash of Civilisations) yang menyatakan agama menjadi teras budaya dan mempengaruhi setiap aspek dalam hidup termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Pemisahan antara agama dan politik sesuatu yang tidak tepat dalam agama dan juga fitrah manusia. Namun, sifat demokrasi yang diamalkan membuka ruang kepada persaingan politik yang mengundang kepada pemisahannya daripada agama. Kesannya, sifat agama yang mendokong prinsip perdamaian, berbaik sangka, toleransi dan perpaduan kini seolah-olah menjadi perangsang kepada perpecahan. Jika kita berpaut kepada konsep agama sebenar penyatuan dan perpaduan lebih hampir kepada kita dan seterusnya garis kegelinciran (seperti istilah digunakan S Huttington) akan menjauh. 

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.