Rabu, 29 Ogos 2012

Kaji Semula Pemberian Air Percuma Di Selangor

    12:25:00 PG   No comments


Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu.
 
 “Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Bersikap realistik

“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya kepada BH semalam.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua.

“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.