Rabu, 29 Ogos 2012

Janji Air Percuma: Rakyat Selangor Perlu Bangkit Dari Terus Ditindas Kerajaan Negeri

    10:00:00 PG   No comments


Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku terhadap nasib rakyat Selangor. Seingat penulis, sebelum Pakatan Pembangkang menang PRU12 yang lepas dan berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dari Barisan Nasionla (BN), mereka ada berjanji akan memberi air percuma kepada seluruh rakyat negeri Selangor jika membantu mengundi dan memenangkan Pakatan Pembangkang.

Sekarang lain pula jadinya, janji air percuma yang ditabur dulu ditunaikan tetapi tidak semua rakyat Selangor dapat merasai nikmat dari janji air percuma tersebut. Pelbagai alasan diberi oleh kerajaan Pakatan Selangor yang diwakili PKR, DAP dan PAS mengapa sesetengah penduduk kawasan perumahan terutama sakali yang tinggal di rumah flat dan pangsapuri yang menggunakan meter pukal.

Jika kerajaan Pakatan Selangor benar-banar ikhlas ingin menunaikan janjinya, sepatutnya tiada sikap pilih kasih dalam pemberian air percuma ini. Setiap golongan lapisan rakyat yang tinggal di negeri Selangor  berhak untuk merasai air percuma seperti yang telah dijanjikan.

Pada pendapat penulis, jika janji semudah ini kerajaan negeri tidak dapat menunai dan melaksanakan dengan baik, sempurna dan adil, bagaimana pula dengan nasib janji-janji yang ditaburi sebelum ini?. Oleh itu, penulis menyeru kepada seluruh rakyat Selangor bangkit mendesak kerajaan Pakatan Selangor menunaikan segala janjinya. Barulah bernilai setiap undi yang kita berikan kepada golongan ahli politik ini bila setiap kali tiba musim pilihanraya.
 

PETALING JAYA – Selepas empat tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri. 

Semalam, satu demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

"Malangnya  selepas diberi mandat, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, air percuma hanya dinikmati pengguna yang menggunakan meter individu.

Katanya, penduduk juga telah beberapa kali menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menukar meter pukal kepada meter individu namun pelbagai ‘alasan’ telah diterima.

"Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili mereka, Hasnal Rezua Merican berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan representasi berulang kali, terdapat asas undang-undang untuk mencabar Kerajaan Negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

“Kita akan mulakan tindakan undang-undang untuk memaksa Kerajaan Negeri sama ada memberikan air percuma atau pampasan kepada penduduk dalam satu jumlah yang dirasakan munasabah bagi menggantikan air percuma yang tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan, pemberian air percuma hanya layak diberikan kepada penghuni yang mendiami pangsapuri dikategorikan dalam kod 10.

"Penghuni pangsapuri hanya diberi air percuma selepas proses migrasi ke meter individu iaitu ke kod 10," katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika dihubungi berkata, seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat daripada janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji," katanya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.